Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Monday, November 1, 2010

TAK TAHU DIUNTUNG

Siapa yang tak pernah ada pengalaman pahit dengan pembantu rumah?
Rata-rata semua mesti ada kan..melainkan tak pernah ada pembantu..tapi itupun.. mesti pernah melihat melalui pengalaman hidup teman-teman atau keluarga..ada apa-apa nak komen?
Hmm tak hairanlah kalau ramai yang sanggup berpenat badan menguruskan rumah tangga sendiri daripada menanggung sakit hati..penat badan dapat juga keluarkan peluh kan..sakit hati, boleh bawa mati!
Terfikir juga dalam hati, nak sangat tahu, apa yang ada dalam benak mereka tatkala ingin berhijrah ke mari.
Betulkah ikhlas nak cari DUIT HALAL untuk keluarga??? Atau asal boleh masuk ke mari dan ambil kesempatan terhadap orang kita...'baik punya cilok'.
Mana tidaknya, kadang-kadang tu baru seminggu dua dah mula panjang tangan, melilau mata, lepas tu terus angkat kaki..pasang laki padahal ada laki di kampung..kalau tengok telefon tu macam nampak SYURGA..rasa nak gantung kat leher..langsung LUPA DIRI..langsung tak fikir lagi tanggung jawab, harga diri, MATLAMAT datang ke mari..cari DUIT HALAL..atau HARAM?
Kalau betul nak kerja, kerjalah baik-baik. Rasanya kalau aku lah..melainkan tuan rumah tu suruh buat perkara tak senonoh, perkara yang Allah larang..aku nak bekerja sungguh-sungguh..rindu kampung?..dapat berhubung sebulan sekali pun memadai..kalau tiada kecemasan..sebab aku bekerja pun untuk orang di kampung..supaya aku boleh balik selepas 2 tahun sekurang-kurangnya..dengan hasil berbaloi..
BALOI ke TAK?..memang tak tahu diuntung..makan minum ditanggung beres...MAKAN BERGANTANG pun tak kena tegur..bilik disediakan..pun tiada sewa..bukan merempat..atau selayaknya duduk bawah tangga saja ke..?? Tidur cukup..bilik air dalam rumah..bukan kena menimba air di sungai..aku jamin di kampung mereka jauh lebih daif..JADI..TAK TAHU DIUNTUNG KAH? Kerja sajalah baik-baik..nanti yang pandai..kamu..nanti yang ada duit pun ..kamu..kita sebagai majikan pun kalau dpat pekerja yang bagus, tak lokek pun nak naikkan gaji atau sambung lagi kontrak..kalau nak beli barang pun tak fikir banyak untuk belanja..sebab kita bukan KEJAM, bukan BUTA..bukan TULI..bukan TAK ADA PERASAAN....Mereka yang tiada hati perut..yang mereka ada cuma NAFSU......
Atau mungkin kah kita perlu jadi KEJAM ..tidur 3 jam sahaja...makan macam nasi kucing, sehari 2 kali saja..itupun makan atas lantai..tidur atas lanti simen..tak boleh duduk..segala gril dan besi pagar mesti berkilat 24/7, basuh kereta, basuh dinding, basuh tingkap segala...sukakah begitu?
KEWAJARAN dan KEWARASAN menjadikan kita bukan orang yang memberi layanan seperti itu..
Mereka adalah hidupan tanpa KEWAJARAN dan KEWARASAN!
SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEADILNYA.
Anda mempunyai sudut pandangan berbeza?