Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Tentang OPK

contoh-ihsan Yahoo Image


Sejak kebelakangan ini, selalu juga terserempak dengan tajuk yang bermula dengan tentang.. :) mungkin penangan cerita Tentang Dhia..yang saya tak pernah tengok tu..


Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, saya telah mencuba OPK (Ovulation Prediction Kit). Pada mulanya saja hendak cuba-cuba, lama-lama jadi selesa pula nak perhatikan setiap bulan bila saya ovulate dan yang paling penting adakah ovulate?


Jenama yang saya mula-mula sekali cuba adalah jenama G. Dalamnya ada 5 set kayu uji. Saya telah menggunakan jenama yang sama selama 3 bulan berturut-turut.


Cubaan Pertama: Mula cuba CD12, LH Surge dikesan CD14 (lebih terang),CD15 & CD17 (sama terang)
Cubaan Kedua; Mula cuba CD13, LH Surge dikesan CD14 (lebih terang), CD15 (sama terang)
Cubaan Ketiga; Mula cuba CD13, LH dikesan CD 16 (lebih terang)
(sebenarnya agak terkeliru dengan cubaan kedua & ketiga, sebab tak rekod dan sangatlah pelupa ni!..tapi memang setiap cubaan ada surge..alhamdulillah!)
Cubaan Keempat; Pertama kali cuba jenama D. Cuma ada 4 set kayu uji. Mula cuba CD14 garis T sangat pudar seolah tiada, CD15 pula garis T semakin jelas tetapi masih pudar berbanding garis C (tiada surge lagi), dan semalam CD16 garis T jauh lebih terang daripada garis C!!! Alhamdulillah..

Semasa berkunjung ke hospital dan buat TVS semasa CD15, direkodkan terdapat satu folikel dominan 17x16mm..mungkinkah semalam dah pun melonjak kepada 20x19mm dan hari ini sudah cecah 22x23mm!!...amiinn..
Dan yang paling mengujakan..bila diberitahu ET berukuran 10.33mm!! Saya tak nampak skrin, jadi saya percaya sepenuhnyalah pada Sonographer tu..dan saya percaya! Sebab saya mahu percaya!

Sepanjang saya buat TVS walaupun pada cycle IUI, tak pernah ET saya setebal ini..syukur ya Allah..mungkinkah kerana bantuan akupuntur/homeopati?..apa pun pastinya dengan izin mu ya Allah..

Cubaan kali ini diteruskan dengan penuh positif, tawakal dan bersyukur..ya Allah aku tetap mengharap rezekiMu yang satu ini..walau ku sedari banyak hutangku padaMu yang belum usai..berilah aku peluang ya Allah..dimakbulkan doaku..dimudahkan bagiku menemui jalan harapanku untuk aku penuhi janjiku...lenyapkanlah kebencian & kekecewaan di hatiku...terima kasih ya Allah..

tiada yang mustahil dengan izinMu - gambar ihsan Yahoo Image