Showing posts with label sedar. Show all posts
Showing posts with label sedar. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Oh Allah..Please Grant My Wish..

I know that I dont deserve anything without Your mercy


His birthday is around the corner..next will be our 4th anniversary..

I wish for One gift for him..for us..

I wish to have it no matter how we have to go through..though I beg You hard to give us the easiest way within our reach..

Give me peace Oh Allah.. at heart..always ready for any possibilities but in peace & composure & most importantly, dont let us be fell apart through this windy stormy days..

Cos I wish the most.. to stay with him when the rainbow is up..

Oh Allah..Please Grant My Wish..to give him this One birthday gift..with Your mercy...I have faith for it to come true..

*Pic. courtesy of Yahoo Image

Wednesday, November 30, 2011

RASA TAK BERDAYA

Dah sekian lama tak menulis..ada idea kemudian hilang macam tu je..walaupun macam-macam yang berlaku..

Yang hangat tapi dah pun melebur tentulah pasal bola skuad Harimau Muda..perlawanan menentang Indonesia pada final SEA Games memang sesuatu yang luar biasa..sampai tak sanggup nak menontonnya..rasa nak demam dan sakit kepala..terus tidurkan diri :)

Lepas tu tengok pula aksi menentang Syria yang pada hemat separuh masa pertama, bukanlah hebat sangat Syria tu..tetapi sebaliknya berlaku pada baki masa perlawanan..alasannya pancit belum sudah daripada final SEA Games..ok redha..
Klimaksnya perlawanan menentang Bahrain yang merupakan titik tolak samada cahaya harapan nak menyertai Olimpik masih bersinar atau tidak..pada hemat separuh masa pertama nampak Bahrain lebih tumpul daripada Syria..ahhh mesti boleh makan..nampak pula terjahan berkelas dari Nazmi Faiz meletakkan kita di hadapan..tambah yakin namun tetap bimbang dengan momentum kita..separuh masa kedua dalam perjalanan pulang ke rumah (tapi dah rasa tak berapa yakin menang :(  )..sampai rumah terus buka tv dan tengok perlawanan dah selesai..penyampai sukan macam tersenyum..ehh menang ke ni..alih-alih dia cakap kita tewas malam ini..  haaa???? (ramalanku benar belaka?)

Alangkah terkilannya..sebab kita dah mendahului bukan 1 yang telah ku sedia maklum tapi 2 gol berbalas 0..dan bukanlah separuh masa kedua Bahrain bangkit dengan strategi berbeza..tapi cuma dalam masa 5 minit dapat menyumbat 3 gol seakan terlampau hebat sehingga menunggu saat akhir untuk tayang skil!?? Lagi haru..Bahrain sudahpun tinggal 10 orang di saat itu..apa lagi yang kau mahu??? Lagi hilang fokus bila ada kelebihan?? Lebih bersemangat bila ketinggalan? Musykilnya..
Bila baca suratkhabar..khabarnya 2 pemain tengah cedera (never ending problem) dan terpaksa dikeluarkan.. lalu pemain pertahanan pula ke yang hilang arah..agaknya begitulah..eh tak tahulah nak cakap apa..pokoknya tak ada rezeki ..boleh tutup kisah macam tu je? Bolehla..

Dah mula cakap pasal bola..terus tak terkata pasal benda lain yang dah lama tersimpan..mungkin di lain masa..
ehsan: Kosmo Online

Monday, October 10, 2011

TERKESAN

'Tak siapa di antara.. kita di dunia..memilih jalan hidup yang derita...'

'Namun begitu..aku tabahkan semangat...biar waktu merawat segalanya..'

Lirik lagu Luka Dilukai

'Ku sedar ku tak seberapa..jilka dibanding mereka..yang jauh lebih megah dari diri ini'

'Atau mungkin cinta.. sebegitu hanya.. kisah dongeng saja..'

Lirik lagu Kisah Dongeng

Ada banyak lirik lagu yang terkesan di hati selain melodinya yang indah..apa sebab terkesan di hati?

Ada yang seperti ada kena-mengena dengan diri sendiri, ada juga yang tanpa disedari begitu dihayati sampai terasa macam ada kaitan pula.

Lirik kat atas tu keduanya tentang rasa kecewa dengan hidup..namun yang satu tu kembali bangkit untuk keluar dari rasa kecewa, lagu yang satu lagi pula hanya berbaur harapan dan masih tak pasti samada hasrat mampu tertunai...hmm nak cakap pasal apa ni?

Nak cakap pasal motivasi diri. Siapa kata tak perlu motivasi?

Perlu..sebab hidup ini berbukit-bukit, ada turun naiknya..kalau tak berapa curam mungkin tak perasan..tapi kalau menjunam ke bawah dan mendatar.. belum nampak laluan mendaki semula..tentulah kena ada motivasi diri untuk bangkit..

Tak apalah kalau tak semua orang faham...bahawasanya tak ada siapa pun nak pilih jalan duka dan derita kan...mungkin lambat-laun nanti fahamlah..
Nak cerita pun tak guna, kena menurun dan mendaki bukit sendiri barulah tahu..

Bila saat di puncak ingatlah orang yang di bawah, supaya kita beringat di samping bersyukur dan juga yang penting cubalah memahami keadaan orang lain..kalau boleh tolong..tolong..sebab kita mungkin akan berada di situ juga nanti..

Bila saat di bawah pula, ingatlah orang yang di atas, supaya dapat kita teladani...cubalah juga faham keadaan baiknya mungkin ada juga buruknya..supaya kita tetap bersyukur walaupun kita di bawah..


Walau apa juga keadaan sekalipun, berusaha itu wajib..tapi hasil dari usaha itu kita wajib redha dengan ketentuan Ilahi..kalau berjaya, jadikan teladan dan bersyukur dengan keberkatan usaha kita..kalau gagal..tak bererti kita silap, mungkin belum cukup sempurna..jangan mengalah..

hmm..tak salah menyediakan payung sebelum hujan..'prepare for the worst'..tapi tak perlu fikir sangat yang hari pasti hujan, atau fokus sangat pasal nak bawa payung...bawa tetap bawa namun hati sentiasa yakin hari ni pasti bersinar terang buatku!


Thursday, September 22, 2011

FROZEN

let the tiny flowers make my day



Frozen Me?

Rainy weather and somehow extra coolness of the air-conditioner.

Or does the body inside me so troublesome with hormones that makes me cold?

For the first time, thanks to a blog I bumped into, I bought box of 5 OPK, Guardian brand.

It was CD12 that I decided to begin and the result was a blurry T line.

I thought this was a positive like UPT (should have read first the instruction leaflet).

No, for OPK, positive means equally bright T line or darker T line.

CD 13 test still gave the same outcome.

Unexpectedly on CD 14, the T was darker! I was thankful and high hoping that the truth was as it was!

Then on CD 15, it was equally bright but I totally forgot to test for the 5th time the very next day.

Continuing on CD 17, it was equally bright.

Well, I guess if by fact, the O moment should have been within CD14-17 or so.

Now is the moment to keep myself busy and positive especially knowing the owner of the said blog is with positive UPT, yeayy!

Ya Allah, can I be next pleaseeeee..Ohh Allah, the Most Merciful, nothing is impossible as you permits.. I am not a good servant, I am with sins and regrets, I never stop hoping for your forgiveness, guide and chances for me to change for the better, with your mercy I am begging, I wish to deserve this piece of good news..shall I never felt any burden with the bundle of joy but will make use for the greatest good in life...Aamiin

Tuesday, August 9, 2011

HATI MEMANG UNTUK DIUJI



sungai mengalir tenang atau deras tidak terduga

Hidup ini penuh kejutan. Sebagai manusia kita sentiasa ditimpa bermacam jenis perasaan yang tercipta untuk kita, sedih, marah, suka, terkilan, risau..dan banyak lagi. Kalau hidup ini tegak saja, tanpa kejutan, macam tak berguna pula pelbagai perasaan tu kan..datang pula perasaan bosan..dan Allah sama sekali tidak mahu kita bosan dengan kehidupan..mati akal nanti..makanya benarlah setiap yang Allah jadikan itu berSEBAB.

Pagi ini menerima berita perginya seorang bayi yang baru dilahirkan tak sampai 2 minggu yang lalu. Ibu ayahnya aku kenali, aku melihat ibunya mengusungnya dalam perut saban hari menanti detik kelahiran. Dia lahir bersama komplikasi dan sejak itu bertarung nyawa, dan malam tadi Allah menjemputnya pergi.

Hati yang paling diuji kekuatannya, kekentalannya..tentulah ibu ayahnya..ibu terutamanya yang masih terasa pedih luka pembedahan dan harus meneruskan tempoh berpantang tanpa anak di sisi. Renungkanlah sebentar, bagaimanakah rasanya..bolehkah kita betul-betul rasa sepertimana dia rasakan? Berat lagi bahu memikul..kita hanya mampu memandang.

Namun di sinilah kita boleh menarik nafas, menghembus perlahan sambil mengenang kembali segala macam ujian yang datang menguji hati kita pula, mungkin kita rasa sangat terbeban dan orang lain tak tahu bagaimana rasanya, ya betul..tetapi kita juga tidak akan tahu bagaimana rasanya berada di tempat mereka yang menghadapi situasi lain pula.

TTC..menguji hati menanti dan menanti sesuatu yang belum ada..dan kisah ini pula tentang ujian hati tatkala sesuatu yang sudah diberi diambil kembali..

Setiap satunya perit, pedih..namun berbeza rasanya. Yang perlu hanyalah kekuatan menghadapi, agar semuanya terasa mampu dilalui dan sama sekali tidak berperasaan buruk terhadap Yang Maha Mengetahui, yang lebih mengetahui apa yang terbaik.

Usaha tanpa jemu, doa tanpa serik, bertawakal padaNya penuh kepastian yang Dia akan menunaikan.

Tuesday, July 19, 2011

TTC

TTC maksudnya Trying To Conceive..hmm ya ada istilah untuk itu..makin lama makin meluas penggunaan singkatan tu, sebab apa?

Sebab bukan senang sebenarnya nak dapat..dan semakin ramai yang secara positif mengambil inisiatif bagi mencapainya...berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.., ya mungkin yang senang dapat sedang menggeleng kepala sebab tak setuju..tetapi rasanya kalau dihitung-hitung memang bukanlah mudah kan..kalau rasa-rasa susahnya nak dapat kerja..fikir semula..atau susahnya nak dapat makanan..fikir semula.. sebab tu tak ada istilah Trying To Find Job atau Trying to Get Some Food..

Semua jenis rezeki pun bukanlah mudah nak dapat dan memang kena berusaha ke arahnya, lepas tu berdoa dan bertawakal pada Allah yang memberi, dan yakinlah Dia akan bagi..jangan ada sekelumit pun persangkaan buruk (hmm mesti tak ada juga lagi/ya ke boleh dapat) walau entah berapa banyak usaha dan doa sekalipun (mesti yakin yang kali ini tak sama, kali ini dapat!)

Memang tak dinafikan ada orang yang tak akan guna istilah TTC dalam hidup dia. Mungkin ada perkara-perkara lain pula yang dia perlu 'try harder', biarlah dia saja yang tahu. Tak perlulah kita nak siasat samada hidup ini sudah cukup adil untuk semua orang. Yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada. (tetapi bukan untuk rasa serba cukup dan berhenti berusaha) Selalu gunakan perkataan sekurang-kurangnya.

Sekurang-kurangnya suami saya setia dan sanggup berkongsi suka duka. Ya betul, melalui pandangan mata dan hati saya, kebanyakan hamba Allah yang diuji dengan pergelutan TTC ini, bersuamikan hamba Allah yang sedemikian, tak perlu nak Trying to Work Marriage Out.... Tekanan dek kerana TTC tentunya ada, namun rasanya lebih menguatkan hubungan kerana hanya aku dan dia yang mengerti dan tentunya Dia lebih lagi.

Kalau kita yakin dan terus kuat berusaha, tak akan ada istilah 'the clock is ticking'..lantaklah dah 40 pun, sebab kalau Allah nak bagi, tak ada yang mustahil. Jadi tak perlulah kira dah berapa lama kahwin, dah berapa tahun cuba, buat rawatan, dah berapa umur tahun ini...nak banding dengan orang lain lagi.. :(  yang penting terus-terusan berusaha. Mungkin Allah sedang mengukur ketekunan, keyakinan dan kesungguhan kita sehingga sampai tahapnya Dia berpuas hati untuk memberi ganjaran yang datang tanpa diduga.
'Miracle Does Happen in a way only Allah knows for what reason'



                                       

Tuesday, July 12, 2011

pUas hATi


View ImageView Image
        drama bersiri yang penuh impak                             penyudah di layar perak
sumber imej daripada http://images.search.yahoo.com/search/images

Lama juga tunggu bersiaran di TV, rupanya tak akan muncul di rangkaian 480. Tunggu keluar DVD, pasti nak satu, sebagai pelengkap koleksi DVD drama bersirinya...hampa lagi.
Manalah perginya filem yang mengutip hampir 5juta ini?

Akhirnya ia muncul di http://www.tonton.com.my/
Kenalah mendaftar dulu dan kemudian belilah kredit, ada RM10, 20 dan 50.
Boleh juga beli drama bersiri, video, rancangan-rancangan lain.

Bagi filem ini, kena bayar 10 kredit = RM10, dan dapat melayari di web selama 48jam.
Boleh ditonton bila-bila, nak ulang-ulang sebab nak dengar lagi dialog yang menarik ;) pun boleh..tarik saja kursor durasi ke belakang sedikit.

Pada mulanya, saya dengar orang cakap tak sehebat drama, tetapi ada juga yang awal-awal dah berendam air mata, ada juga yang dah jangka Nur akhirnya dengan Aidil (alamak, pengakhiran yang tak kena dengan karakter Nur yang sangat setia tu)

Biarlah tengok sendiri, akhirnya puas hati!!!
Sinematografi sangat indah!!! Nak bagi 5 bintang.. layak rasanya kalau dapat masuk pencalonan anugerah antarabangsa untuk filem luar terbaik.
Lakonan pelakon semua tetap seutuh pembawaan karakter dalam drama bersiri malahan lebih hebat sebab lebih banyak emosi yang mereka nak kena mainkan.
Jalan cerita pun terbaik, tidak terlalu boleh dijangka, tidak juga terlalu memeningkan sampai tak masuk akal..pendek kata cukup ramuan, pada mulanya banyak nak tanya terus tak jadi tanya :)

Antara mesej penting; kematian itu pasti, cepat atau lambat saja..nak mati bersama pada ketika yang sama..kalau Allah nak bagi..dapatla..kalau tak dapat..kena tunggu dulu..yang tinggal pasti menyusul juga nanti..sementara itu kena teruskan hidup!

Yang paling penting, tengoklah sendiri!

Dialog yang sukar dilupakan..banyak.. kalau tonton tengah-tengah malam, jawabnya mimpi kat tengah bendang dan padang pasir la selepas tu :)

Selamat Metonton.com.my!











































































Wednesday, July 6, 2011

rezeki satu amanah

Kejadian kembar perempuan berusia 3 tahun menjadi mangsa kebakaran di rumah mereka sangat memilukan.

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=584335

Terutamanya bagi pasangan yang susah nak dapat anak, masih terus mencuba dan belum berhasil, kisah sebegini pastinya lebih menyayat hati. Cubalah bayangkan kalau kehilangan sesuatu yang sukar diperolehi.

Kehilangan sebenarnya lebih PERIT daripada ketiadaan. Kalau dah tak ada, macamana pula boleh hilang kan?

Memanglah ajal, maut, rezeki semuanya di tangan Tuhan. Namun, semua yang Allah berikan adalah satu amanah. AMANAH sebenarnya sangat berat. Oleh itu, janganlah berputus asa atau merungut bila belum ada rezeki (belum diletakkan amanah di bahu), takut tak tertangggung, semuanya akan dipertanggungjawabkan..dan Allah Maha Mengetahui keupayaan kita.

Dipendekkan, bagi yang dah diberi amanah, pikullah sebaiknya, ketentuan Allah itu pasti namun kita sebagai pemikul amanah kena berhabis usaha dalam menjalankan tanggungjawab.

Bagi yang belum diberi amanah, teruslah berusaha dan berdoa semoga kita terpilih, dan secara positifnya, lebih lama kita berusaha, lebih banyak masa untuk menyiapkan mental dan fizikal, rohani dan jasmani!


"Life is a journey, you won't know how far it will take you, the worthiness along the way that matters"

Thursday, December 30, 2010

SEMANGAT YANG KEMBALI!

Tahniah buat kita semua sebab semangat dah kembali! Thanks to the national football team! Semangat kesukanan membuak-buak.. sangat bangga dengan kebolehan orang kita..semuanya bermula 26 Disember yang lalu..persembahan yang sangat menaikkan keyakinan semua orang bahawasanya kitalah bakal JUARA! Pasti ramai yang tak pernah minat dengan pasukan tempatan atau minat dengan bola sepak sekalipun turut sama turun menonton di stadium, di kedai-kedai mamak ataupun paling tidak di ruang tamu sendiri. Tak cukup dengan tonton, esoknya sibuk pula membelek satu persatu akhbar yang memaparkan aksi cemerlang pasukan kita serta kobaran semangat juang yang turut sama dirasai semua. Ditambah lagi dengan mengikuti perkembangan dan sorotan berita mengenainya di segenap saluran TV yg ada, juga mendengar celoteh juruhebah radio di pagi hari yang sangat bersemangat dan menghiburkan! Lama sungguh rasanya tak rasa SIBUK macam ni..sibuk dalam keterujaan!
Semuanya dah pun berakhir semalam. Malam penentuan..ibarat separuh masa kedua setelah direhatkan 3 hari..melihatkan kekebalan pertahanan dan tentunya penjaga gol yang menangkap bola bagaikan ada gam atau pencengkam pada tangannya..tak lain tak bukan syabas buat Fahmi...pemain muda yang sangat berharga! Kecekapan dan kecemerlangannya ternyata sejak daripada perlawanan menetang Vietnam tanpa bolos di kedua-dua peringkat separuh akhir. Kalau ditanya siapakah yang lebih dulu menarik perhatian saya, tentunya Fahmi..yang meyakinkan saya..harapan kita sangat CERAH!
Keep up the GOOD work of your hands!
Gelecek terbaik tentunya buat Norshahrul Idlan sewaktu menghantar bola buat tendangan Safee yang pertama di Bukit Jalil..penuh dengan helah tetapi segak..dan jaringan tercantik tentunya tandukan tepat Safee hasil hantaran yang juga cantik...semuanya mantap belaka!
Semalam, walaupun bolos 2 gol, namun pastinya pemain-pemain kita telah pun membuktikan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Kegagalan Fahmi dilihat sesuatu yang boleh diterima dek bola "deflect' dan juga serangan bertubi dari dua arah yang kencang sehingga bola gagal ditangkap kemas, sebaliknya hanya mampu ditepis. IT'S OK IT'S ALRIGHT..proven, kita tak pakai bomoh ye...
Pujian pembakar semangat buat Safee kerana menyempurnakan misi meledak gol pertama di tempat lawan bagi meluntur dan menggentarkan mereka lantas menjulang tinggi semangat sepasukan mahu pulang bersama piala yang dihajatkan. Ianya sangat tidak dijangka penonton di rumah..sedang berkira-kira berapa lama lagi nak habis...jeritan MASUK kedengaran..tetapi tidak di stadium, kerana dengarnya penyokong kita terpaksa berkhemah di kedutaan kerana tidak diberi tempat duduk yang sepatutnya oleh tuan rumah! Lihatlah pemain kita bermain hanya bersama bayangan sorakan kita sahaja..namun mantapnya seolah kedengaran jeritan dari Malaysia yang bersorak dan bertepuk tampar sesama sendiri penuh keterujaan! GOOD WORK!
Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat di perlawanan akhir semalam apabila menangkap tendangan penalti pemain paling bernilai AFF serta menepis menampan entah berapa banyak kali cubaan serangan pihak lawan agaknya..tak terkira..ironinya..dia bukanlah penerima anugerah MVP..sayang sekali! Kalau anda hendak beli pemain, siapa yang anda pilih, Firman atau Fahmi? ;)
Apa pun kuasa memutuskan pada tangan AFF, biarlah apa jua pun alasannya. We can decide who we think deserves to get it!
Hmm terasa bak pengulas sukan berceloteh panjang di sini..sangat gembira!
Sebenarnya sukan membuatkan kita sedar yang sebenarnya kita ni sayang pada tanahair kita, sedar asal usul kita..beralih sekejap dari EPL dan macam-macam lagi sukan antarabangsa lain dek kerana adanya negara kita bermain dengan penuh semangat pula..teruskan semangat ini! Teruskanlah mengikuti perkembangan sukan kita sambil mengikuti sukan antarabangsa..lama-lama pasti kita akan bertambah menghargai hujan batu di negara sendiri tu. Kalau turun semula semangat ini nanti cepat-cepat julangkan balik, janganlah habis manis sepah dibuang pula..kembali mencemuh dan meminggirkan..susah senang bersamalah hendaknya.
Namun begitu, dirasakan ini baru permulaan..pengenalan kepada satu lagi era bola sepak yang hebat di Malaysia dan mungkin bakal mara lebih jauh lagi yang tak tercapai sebelum ini..
Tahniah buat semua..tiada seorang pun yang menjadi wira solo..semuanya saling memerlukan..walaupun trofi penjaring terbanyak buat Safee, it is also meant for the whole team..keep up the tremendous effort and strong teamwork..dont stop being humble..never feel like a one man show coz believe it or not, there is never a game without the rest of the team! Taking count all these, pasti kita sedang dalam perjalanan menuju Piala Dunia!Boleh..siapa kata tak boleh??? Ignorance is Bliss (Pedulikan mereka yang menuduh yang bukan-bukan):)

Monday, December 20, 2010

fate is fate?

Fate atau takdir tu sesuatu yang meant to be. But then, do we have choices to override it?
Sebenarnya kita tak tahu apa takdir kita melainkan setelah ianya berlaku dan telah dapat difahami seluruhnya. Misalnya kita ditakdirkan dapat anak kembar 3 tapi susah nak dapat..kena tunggu selepas 10 tahun. Then, after 5 years of trying, kita belum tahu lagi takdir tadi, we can say my fate is with no child at all.
Memang kita takkan tahu what's in store for us. Some people might find life so easy and by the book, their fate is like as written in a book of life stages, so they know what to expect in advance. Not an adventerous life eh?
If you are one of those with buckets of anonymous fate, buckle up your seat and enjoy your ride!
Tak guna nak dikeluhkan..hadap saja lah..always believe in blessings in DISGUISE.
Logically, you are much more equipped with knowledge and experiene, so you are SMART and MATURED!
Mungkin kita belum cukup bijak dan matang untuk menghadapi sesuatu tu, makanya Allah lebih pandai mengatur jalan-jalan yang dapat mematangkan kita terlebih dahulu.
Same thing is different at different angle, mungkin ada orang diberi mudah untuk diuji kesabarannya dengan apa yang diberi,..ada yang tidak diberi kerana mahu diuji kesabarannya dengan apa yang tidak diberi..cant expect ujian yang sama untuk semua orang kan? Bukan SPM!

So if you think you already know what's in store for you, think again.
Enjoy setakat apa yang ada, Adventure to fight for more, Never give up..last but not least, Open your heart to your fate, when it is already fated! Semoga Allah Merahmati jiwa-jiwa yang redha setelah gigih bertempur!

Monday, November 1, 2010

TAK TAHU DIUNTUNG

Siapa yang tak pernah ada pengalaman pahit dengan pembantu rumah?
Rata-rata semua mesti ada kan..melainkan tak pernah ada pembantu..tapi itupun.. mesti pernah melihat melalui pengalaman hidup teman-teman atau keluarga..ada apa-apa nak komen?
Hmm tak hairanlah kalau ramai yang sanggup berpenat badan menguruskan rumah tangga sendiri daripada menanggung sakit hati..penat badan dapat juga keluarkan peluh kan..sakit hati, boleh bawa mati!
Terfikir juga dalam hati, nak sangat tahu, apa yang ada dalam benak mereka tatkala ingin berhijrah ke mari.
Betulkah ikhlas nak cari DUIT HALAL untuk keluarga??? Atau asal boleh masuk ke mari dan ambil kesempatan terhadap orang kita...'baik punya cilok'.
Mana tidaknya, kadang-kadang tu baru seminggu dua dah mula panjang tangan, melilau mata, lepas tu terus angkat kaki..pasang laki padahal ada laki di kampung..kalau tengok telefon tu macam nampak SYURGA..rasa nak gantung kat leher..langsung LUPA DIRI..langsung tak fikir lagi tanggung jawab, harga diri, MATLAMAT datang ke mari..cari DUIT HALAL..atau HARAM?
Kalau betul nak kerja, kerjalah baik-baik. Rasanya kalau aku lah..melainkan tuan rumah tu suruh buat perkara tak senonoh, perkara yang Allah larang..aku nak bekerja sungguh-sungguh..rindu kampung?..dapat berhubung sebulan sekali pun memadai..kalau tiada kecemasan..sebab aku bekerja pun untuk orang di kampung..supaya aku boleh balik selepas 2 tahun sekurang-kurangnya..dengan hasil berbaloi..
BALOI ke TAK?..memang tak tahu diuntung..makan minum ditanggung beres...MAKAN BERGANTANG pun tak kena tegur..bilik disediakan..pun tiada sewa..bukan merempat..atau selayaknya duduk bawah tangga saja ke..?? Tidur cukup..bilik air dalam rumah..bukan kena menimba air di sungai..aku jamin di kampung mereka jauh lebih daif..JADI..TAK TAHU DIUNTUNG KAH? Kerja sajalah baik-baik..nanti yang pandai..kamu..nanti yang ada duit pun ..kamu..kita sebagai majikan pun kalau dpat pekerja yang bagus, tak lokek pun nak naikkan gaji atau sambung lagi kontrak..kalau nak beli barang pun tak fikir banyak untuk belanja..sebab kita bukan KEJAM, bukan BUTA..bukan TULI..bukan TAK ADA PERASAAN....Mereka yang tiada hati perut..yang mereka ada cuma NAFSU......
Atau mungkin kah kita perlu jadi KEJAM ..tidur 3 jam sahaja...makan macam nasi kucing, sehari 2 kali saja..itupun makan atas lantai..tidur atas lanti simen..tak boleh duduk..segala gril dan besi pagar mesti berkilat 24/7, basuh kereta, basuh dinding, basuh tingkap segala...sukakah begitu?
KEWAJARAN dan KEWARASAN menjadikan kita bukan orang yang memberi layanan seperti itu..
Mereka adalah hidupan tanpa KEWAJARAN dan KEWARASAN!
SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEADILNYA.
Anda mempunyai sudut pandangan berbeza?

Thursday, October 21, 2010

ANAK ORANG

Di zaman ini, hubungan ibu bapa dan anak tidak sama lagi seperti di zaman dahulu. Dulu, keluarga sangat besar, keluarga merangkumi pelbagai keluarga nukleus. Kehidupan pelbagai keluarga berdekatan, saling memerlukan. Pendek kata, kalau sesuatu terjadi pada ibu bapa, anak itu dapat beralih teduh, di bawah jagaan ibu bapa saudara dan boleh hidup bersama dengan sepupu sepapat. Tapi kini, ibu bapa adalah segalanya. Pergantungan anak sepenuhnya pada ibu bapa. Harapan ibu bapa juga hanyalah pada si anak.
Kehilangan akan membutakan arah tujuan hidup seterusnya.
Persaudaraan terasa tidak seakrab dulu lagi. Dunia tanpa sempadan, tetapi keakraban pula yang berbatas. 
Di mana silapnya?
Obsesi?
'Privacy'?
Lantaran itu, anak-anak sekarang bukan lagi milik saudara-mara apatah lagi masyarakat.
Hendak dibimbing dan ditegur pun, 'mak bapak dia pun tak bising..siapalah kita kan?'
Betulkah begini?
Kau jaga anak kau, aku jaga anak aku?
Bukankah burung itu akhirnya terbang juga dari sarangnya?
Mampukah ia terbang tinggi dan mencari arahnya sendiri?
Sekadar renungan...