Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Tuesday, July 23, 2013

Sekian Lama

Dah sekian lama tak tulis apa-apa, cuma baca blog orang. Nak kata takde topik, ada banyak juga terlintas, barangkali mood mengarang yang tak ada.

2013 terasa sangat pantas berlalu. Pejam celik si kecil dah hampir setahun, sekarang 10 bulan 2 hari to be specific. Semalam juga Kate Middleton dah pun selamat deliver the future King of England. Rasa baru lagi lawatan ke KLCC tahun lepas tu.

Rasanya entri ni cuma nak buat ringkasan. (err boleh percaya ke ringkas?)
Ada ruang nanti bolehlah diceritakan lebih terperinci satu per satu. Kisahnya..setahun 10 bulan yang lalu :)

FEB 12-seawal hari wilayah buat UPT. Asalnya sebab kalau negatif, nak memandu kereta sendiri ke suatu tempat yang agak jauh. Perasaan masa tu tak syak sangat sebab beberapa hari sebelum memang terasa-rasa nak period. Dah sangat bersedia ke arah itu. Hari itu juga hari pertama selepas had kitaran biasa yang paling lewat..maksudnya tak pernah sebelum ini melepasi had itu, ada juga rasa sangat terlalu awal..apa pun ku harung juga menggunakan kit yang dah lama dalam simpanan, tak pasti elok lagi ke tidak. Ternyata belum tamat tempoh. Dalam kesamaran tak pakai cermin mata, memang nampak dengan pantas 2 jalur!

FEB12-APRIL12-selepas UPT yang baru dibeli masih sama keputusannya, perasaan bercampur-baur. Tentulah gembira dan bersyukur tapi risau dan takut pun ada, sebab masih terlalu awal. Seminggu kemudian saya ke An-Nur. Kononnya nak jumpa gynae, tapi ramai sangat orang. Akhirnya cuma jumpa GP dan UPT lagi. Kini GP dah sahkan, cuma belum boleh dengar degup jantung/lihat kantung. Setelah 7 minggu, dr Adilah yang pernah jalankan rawatan laporoskopi sahkan degupan jantung, kantung di dalam lapisan uterin dan umur janin. (memang takut dan risau terjadinya ektopik dan masalah-masalah lain) SYUKUR
Namun, dr nasihatkan berjumpa pula dengan pakar fetus sebab ada yang tak pasti di skrin, :( sangat gelabah masa tu tambahan pula dr yg dicadangkan cuma ada ruang selepas sebulan lebih. Kami pantas ke pakar fetus yang boleh terus walk in (hospital swasta), tunggu dan tunggu akhirnya diperiksa dengan alat yang canggih. Syukur tiada apa yang tak kena, CUMA ada yang lain pula! dr kata yolk sac kelihatan terang, boleh jadi tanda-tanda janin tak kuat. Berkali-kali aku tanya dr sejauh mana kepastiannya, barulah dia cakap mungkin. :(  Dugaan..bagi yg TTC sekian lama, berita baik begini adalah permulaan satu perjalanan emosi!

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mulakan temujanji dengan dr yang kami pilih untuk bersalin. Tak nak lagi diserabuti kebimbangan yang tak pasti. Kami pilih dr Salleh di Pusrawi. Sebab? Dia orang lama dan banyak pengalaman dan review yang agak bagus. Lelaki? Lelaki ni biasanya lebih tenang dan positif. Bab bersalin tu belum fikir lagi, mungkin bukan dengan dia.

Alhamdulillah sejak 11 minggu di bawah seliaan dia dan semuanya normal saja. Kami pun tak nak fikir lagi pasal kemungkinan tadi. Harungi dengan positif dan banyak berdoa. Detail Scan pasti akan kami lakukan.

Sepanjang tempoh ni bermulalah episod perasaan pelik. PELIK? Lidah terasa segala perisa makanan, macam orang tak gosok gigi dan tertidur. Melekat je. Makan tu tak terasa sedap mana. Berangin dan lapar tengah malam..sebelum tidur mesti kunyah biskut, terjaga pun kunyah juga. Muntah ada juga bila terasa sangat tak selesa terutama sebelah pagi atau petang. Kadang-kadang asal dapat meneran gaya muntah dah memadai. Kalau naik kereta tu (sepanjang 9 bulan tak memandu) memang tutup muka dengan tangan sambil kerusi rebah sedikit. Rasa tak sabar nak baring betul-betul atas katil. Apa pun saya tahu ada yang jauh lebih teruk daripada ini. SYUKUR


MEI 12-JULAI 12-bersambung :)

Friday, February 15, 2013

SIAPALAH AKU

Hancur hatiku, mengenang dikau, jadi keping-keping setelah kau pergi...

Teringat lagu ni, hati tengah kusut, namun siapalah aku...

Ada saja, lepas satu satu perkara yang merunsingkan dan menyesakkan dada sejak kebelakangan ni.

Terima kasih ya Allah kerana adanya anak kecil di sisi yang memerlukan aku buat aku rasa berguna hidup di dunia ni, dan juga sentiasa mengingatkan aku pada hutangku padaMu.
Ya Allah, aku pasti kembali..berilah aku rasa nekad dan kekuatan untuk saat itu sepenuhnya.

Mungkin aku patut hanya bersyukur pada perkara baik yang berlaku dalam hidupku, yang terbaik adalah kurniaan anak buatku. Yang lain, kalau semuanya tak memihak pada apa yang aku mahu, siapalah aku...

Hidupku tergantung keputusannya pada ramai pihak. Ya, mereka ibu bapaku tapi aku tak punya hak untuk melakukan apa yang aku mahu sepenuhnya, sebab mereka juga kepunyaan orang lain. Menjadi yang paling kecil, walaupun tua mana aku sekalipun, tetaplah suaraku itu halus dan kerdil..siapalah aku.
Biarkan aku hidup dalam kenangan indah bersama mereka, hanya itu yang ada.

Ya, dia anakku. Lahir dari darah dagingku, dari kandunganku, dari perjuangan nyawaku memeliharanya berbulan-bulan, yang aku kenyangkan sehingga saat ini daripada kekenyangan yang ada padaku. Namun, dia juga kepunyaan bapanya yang punya hak menentukan semahunya, siapalah aku...Aku IBUnyaa!
Tidakkah aku punya suara, atau sama seperti situasi antara aku dan ibu bapaku?

Entahlah, hati ini remuk, hati ini bagai disiat-siat. Aku harus mematikan hatiku supaya aku tidak punya rasa.
KEBAS. AKu cuma akan meninggalkan serpihan jiwaku agar dapat terus memberikan kekenyangan, senyuman, tawa, pelukan dan belai, menguruskan anakku dengan kudratku sendiri. Apa juga yang telingaku bakal dengari yang bisa menyakitkan hati, yang kelihatannya menjengkelkan mata, aku harus matikan diri. Demi anakku yang perlu terus hidup senormalnya, aku berkorban.
Kerana tiada siapa yang mahu mengerti aku dan berkorban untukku...siapalah aku.

Hanya satu yang aku TAK AKAN KORBANKAN...dia anakku, hak aku mutlak menentukan di mana, buat apa, dengan siapa, bila... dia urusanku, selagi ada nyawaku. Nak buat apa-apa yang lain, ikut sukalah.
Bukan aku yang merancang begini, jadi tanyalah apa fungsimu pada yang merancangnya.
Aku dan anakku adalah urusanku...itu saja pintaku.