Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Monday, July 25, 2011

'GOL' BERAPA DATUK HARIMAU? :)

SAFEE meraikan gol pertama Harimau Malaya ke atas Singapura.
sumber daripada: http://www.bharian.com.my/bharian

Aduuhhh! Sabtu lepas merupakan hari paling panjang dirasakan, dari pagi tak sabar nak malam untuk menyaksikan Malaysia lawan Singapura, semuanya serba tak kena. Hati pun tak berapa sedap, maklumlah pasukan sana tu ada 5 orang pemain import yang tentunya ada kelebihan fizikal dan macam-macam lagi, padang tiruan lagi (hmm tak boleh ke ada peraturan jenis padang yang standard?)

Bangga rasanya sebab pasukan kita 100% tanah tumpahnya darahku di Malaysia. Kita cubalah sedaya upaya kita berbekalkan jiwa anak bangsa, tak perlu nak sumbat ramai-ramai pemain luar (tak kiralah dah jadi warganegara pun) hmm, padaku terasa kurang kelas bila wakil negara tetapi tak macam orang negara tu pun.. :)..kelirunya!
Alangkah baiknya kalau FIFA ada peraturan baru..untuk pasukan negara mesti 100% asli termasuk jurulatih..bukan untuk bola saja tetapi untuk semua sukan pun bagus juga. Kalau nak pergi berkursus dengan orang luar tu bolehla..tetapi lepas itu mesti balik buat sendiri!

Kalau kelab tu tak kisahla, nama pun kelab..nak sumbat pemain daripada seluruh dunia pun tak jadi hal.
Sebab kelab pun berdana daripada hartawan, ada duit, boleh adakan pasukan yang hebat, kemudahan yang baik, latihan yang cukup. Negara pun sama, maksudnya kalau ada peruntukan lebih pasti boleh adakan latihan lebih intensif dan sebagainya, tetapi pokoknya orangnya biarla asli, lambang budaya negara.

Dipendekkan cerita, igauan ngeri menjadi kenyataan bila pasukan kita kalah 3-5 dan kehilangan kapten pasukan yang bakal duduk di luar padang untuk 2 lagi episod perlawanan.
Rasanya patut dapat kad kuning saja, sebab ternyata bukan satu serangan sengaja, sungguh aku terkejut dan kecewa memandangkan kapten kita itu nadi pasukan, dan dia pula bukan jenis yang biasa dapat kad, sekali dapat terus merah...rasa tak boleh nak terima!

Padaku, gol-gol kita semuanya cantik, Safee tetap terus tidak menghampakan namun sayangnya kita acap kali menghadiahkan peluang gol kepada lawan dengan penalti dan sepakan percuma, tolonglah elakkan! Diyakini asakan mereka yang kalau tidak dihalang mungkin tak dapat melepasi pintu gol pun, berikan saja tekanan agar rembatan tersasar.
Kalau dihalang mulalah dapat sepakan percuma dan mulalah suhu badan penonton naik mendadak :(

Ingatlah wahai pasukan kebangsaanku yang anda telah gah mencipta kejayaan menewaskan Indonesia tak sampai setahun yang lalu yang pada mulanya membolosi anda 5-1. Ketika menjulang kejayaan itu, anda semua kelihatan begitu bersepadu, gah bertahan dan berbisa menyerang! Sarung tangan penjaga gol pun macam ada gam saja..sepakan penalti pun masuk dalam genggaman. Janganlah lupa yang anda adalah pasukan itu, bukan orang lain, ya..andalah yang kami harapkan. Tumpaskan Singapura bersama keangkuhan mereka;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BennetyakinSingamampuulangikemenangandiKL/Article/index_html


Terasa senak membaca tulisan artikel itu, geram pun ada, risau bertambah berganda!
Yang paling penting beraksilah dengan penuh tenang dan terkawal, bijak dan bersepadu, bersefahaman dan penuh semangat, lincah dan ligat (tiru habis-habisan Van Persie dan rakan-rakan yang dah pun tunjuk contoh depan mata).

Ku sedar ku hanya mampu berbicara, bukan aku yang main kat padang tu.. namun doa dan harapan penyokong Harimau Malaya pasti tetap mengiringi.

GOL berapa Datuk Harimau?

"3-0!!! roaaarrrrrrr
Malayan Tiger in the water.
sumber daripada: http://en.wikipedia.org/wiki/

Tuesday, July 19, 2011

TTC

TTC maksudnya Trying To Conceive..hmm ya ada istilah untuk itu..makin lama makin meluas penggunaan singkatan tu, sebab apa?

Sebab bukan senang sebenarnya nak dapat..dan semakin ramai yang secara positif mengambil inisiatif bagi mencapainya...berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.., ya mungkin yang senang dapat sedang menggeleng kepala sebab tak setuju..tetapi rasanya kalau dihitung-hitung memang bukanlah mudah kan..kalau rasa-rasa susahnya nak dapat kerja..fikir semula..atau susahnya nak dapat makanan..fikir semula.. sebab tu tak ada istilah Trying To Find Job atau Trying to Get Some Food..

Semua jenis rezeki pun bukanlah mudah nak dapat dan memang kena berusaha ke arahnya, lepas tu berdoa dan bertawakal pada Allah yang memberi, dan yakinlah Dia akan bagi..jangan ada sekelumit pun persangkaan buruk (hmm mesti tak ada juga lagi/ya ke boleh dapat) walau entah berapa banyak usaha dan doa sekalipun (mesti yakin yang kali ini tak sama, kali ini dapat!)

Memang tak dinafikan ada orang yang tak akan guna istilah TTC dalam hidup dia. Mungkin ada perkara-perkara lain pula yang dia perlu 'try harder', biarlah dia saja yang tahu. Tak perlulah kita nak siasat samada hidup ini sudah cukup adil untuk semua orang. Yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada. (tetapi bukan untuk rasa serba cukup dan berhenti berusaha) Selalu gunakan perkataan sekurang-kurangnya.

Sekurang-kurangnya suami saya setia dan sanggup berkongsi suka duka. Ya betul, melalui pandangan mata dan hati saya, kebanyakan hamba Allah yang diuji dengan pergelutan TTC ini, bersuamikan hamba Allah yang sedemikian, tak perlu nak Trying to Work Marriage Out.... Tekanan dek kerana TTC tentunya ada, namun rasanya lebih menguatkan hubungan kerana hanya aku dan dia yang mengerti dan tentunya Dia lebih lagi.

Kalau kita yakin dan terus kuat berusaha, tak akan ada istilah 'the clock is ticking'..lantaklah dah 40 pun, sebab kalau Allah nak bagi, tak ada yang mustahil. Jadi tak perlulah kira dah berapa lama kahwin, dah berapa tahun cuba, buat rawatan, dah berapa umur tahun ini...nak banding dengan orang lain lagi.. :(  yang penting terus-terusan berusaha. Mungkin Allah sedang mengukur ketekunan, keyakinan dan kesungguhan kita sehingga sampai tahapnya Dia berpuas hati untuk memberi ganjaran yang datang tanpa diduga.
'Miracle Does Happen in a way only Allah knows for what reason'



                                       

Monday, July 18, 2011

THE EPIC ENDS here

 I would love to chat about them all but just to recap those momentos from these posters for now...


http://movies.yahoo.com/movie/1810004624/video/25911537#25639231

The long awaited conclusion has finally arrived and it is SUPERB!
Well, I don't know if you are not following this epic adventure of the wizarding world but if you do..no matter if you had actually started not from thr first chapter (that would be me), you will immediately retrace back the copies of DVD, get yourself all the informations and begin your journey as a FAN! Or might consider to enroll for Hogwarts!

They grow up in the film and so do all the fans!


 

     


all sources: http://movies.yahoo.com









Tuesday, July 12, 2011

pUas hATi


View ImageView Image
        drama bersiri yang penuh impak                             penyudah di layar perak
sumber imej daripada http://images.search.yahoo.com/search/images

Lama juga tunggu bersiaran di TV, rupanya tak akan muncul di rangkaian 480. Tunggu keluar DVD, pasti nak satu, sebagai pelengkap koleksi DVD drama bersirinya...hampa lagi.
Manalah perginya filem yang mengutip hampir 5juta ini?

Akhirnya ia muncul di http://www.tonton.com.my/
Kenalah mendaftar dulu dan kemudian belilah kredit, ada RM10, 20 dan 50.
Boleh juga beli drama bersiri, video, rancangan-rancangan lain.

Bagi filem ini, kena bayar 10 kredit = RM10, dan dapat melayari di web selama 48jam.
Boleh ditonton bila-bila, nak ulang-ulang sebab nak dengar lagi dialog yang menarik ;) pun boleh..tarik saja kursor durasi ke belakang sedikit.

Pada mulanya, saya dengar orang cakap tak sehebat drama, tetapi ada juga yang awal-awal dah berendam air mata, ada juga yang dah jangka Nur akhirnya dengan Aidil (alamak, pengakhiran yang tak kena dengan karakter Nur yang sangat setia tu)

Biarlah tengok sendiri, akhirnya puas hati!!!
Sinematografi sangat indah!!! Nak bagi 5 bintang.. layak rasanya kalau dapat masuk pencalonan anugerah antarabangsa untuk filem luar terbaik.
Lakonan pelakon semua tetap seutuh pembawaan karakter dalam drama bersiri malahan lebih hebat sebab lebih banyak emosi yang mereka nak kena mainkan.
Jalan cerita pun terbaik, tidak terlalu boleh dijangka, tidak juga terlalu memeningkan sampai tak masuk akal..pendek kata cukup ramuan, pada mulanya banyak nak tanya terus tak jadi tanya :)

Antara mesej penting; kematian itu pasti, cepat atau lambat saja..nak mati bersama pada ketika yang sama..kalau Allah nak bagi..dapatla..kalau tak dapat..kena tunggu dulu..yang tinggal pasti menyusul juga nanti..sementara itu kena teruskan hidup!

Yang paling penting, tengoklah sendiri!

Dialog yang sukar dilupakan..banyak.. kalau tonton tengah-tengah malam, jawabnya mimpi kat tengah bendang dan padang pasir la selepas tu :)

Selamat Metonton.com.my!











































































Monday, July 11, 2011

THE ARRIVAL OF THE GUNNERS!!! ..am speechless for now :)

                                          sources from: Arsenal.com

WELCOME TO THE LAND OF THE FAMOUS MALAYAN TIGER.....

Wednesday, July 6, 2011

rezeki satu amanah

Kejadian kembar perempuan berusia 3 tahun menjadi mangsa kebakaran di rumah mereka sangat memilukan.

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=584335

Terutamanya bagi pasangan yang susah nak dapat anak, masih terus mencuba dan belum berhasil, kisah sebegini pastinya lebih menyayat hati. Cubalah bayangkan kalau kehilangan sesuatu yang sukar diperolehi.

Kehilangan sebenarnya lebih PERIT daripada ketiadaan. Kalau dah tak ada, macamana pula boleh hilang kan?

Memanglah ajal, maut, rezeki semuanya di tangan Tuhan. Namun, semua yang Allah berikan adalah satu amanah. AMANAH sebenarnya sangat berat. Oleh itu, janganlah berputus asa atau merungut bila belum ada rezeki (belum diletakkan amanah di bahu), takut tak tertangggung, semuanya akan dipertanggungjawabkan..dan Allah Maha Mengetahui keupayaan kita.

Dipendekkan, bagi yang dah diberi amanah, pikullah sebaiknya, ketentuan Allah itu pasti namun kita sebagai pemikul amanah kena berhabis usaha dalam menjalankan tanggungjawab.

Bagi yang belum diberi amanah, teruslah berusaha dan berdoa semoga kita terpilih, dan secara positifnya, lebih lama kita berusaha, lebih banyak masa untuk menyiapkan mental dan fizikal, rohani dan jasmani!


"Life is a journey, you won't know how far it will take you, the worthiness along the way that matters"

Monday, July 4, 2011

WIN, LOSE OR THROUGH?

source fromhttp://www.the-afc.com/en/tournaments/men-a-youth/fifa-world-cup/35562-chinese-taipei-v-malaysia-agg

Win? No..but Lose?..No..then? Yeahh We are THROUGH to the second round of Asian Qualifying for 2014 World Cup! Thanks to the advantage from our 2 AWAY GOALS.

Yesterday was a furious game I must say..well not really because Taiwanese were very good, in fact our goals were much challenging and unique, but the pressure that can be felt by our players from not so balanced judgement of referee and the very much faster pace demonstrated by the oppenents.

The losing game was not something I can predict especially after 2-1 (Aidil and Safiq scored through straight shoots from their free kick). I was really expecting for that to remain as the result for the night.

I guess I am quite right IF we did not give them the 3 wicked penalties that the oppenents took 2 out of it!
Who would have predicted penalty? Not that our players were too rough, yes they were suffering from anxiety and lack of pacifying moments, but I have seen much tougher act without any cards given, moreso penalty given! 3 Penalties for our dear players? It's almost unbelievable!

Anyway, this should be taken as an alarm trigger for the team to look back and rework themselves for a much better game with the Lions this 23rd. The hope is for Safee to recover, I must see him back hand in hand or shall I say feet to feet with Norshahrul. I am also still hoping to see Fahmi at the post once again.
A credit to Sharbinee for his sole penalty save last night though he was later being at fault for the third penalty granted. The player or the referee at fault? Who can say no to a referee? :(

Or should we seriously consider adding Brendan Gan from Aussie (his father is from Negeri Sembilan) to add up some different perspective into the team, just to scare off the oppenents more :) well ..they are having players from Nigeria :0 Yugoslavia :( Croatia and Brazil!!!! 

Not that i dont have confidence in our current bunch of players..I DO!
Just worry to see more and more injuries coming in!
Can we save them from playing too much with the Gunners, the Reds and the Blue pleassse!

Whatever it is, deep down, as I hope for the best, I know they CAN.
Don't worry guys, I think the lions are just bunch of Simbas ;)
You are the Great Tiger of Malaya, Roar and Roar and Roar!!!

:)

Malayan Tiger in the water.YoungSimbaSmilestlk.png


sources from: http://en.wikipedia.org/wiki/

Friday, July 1, 2011

cHiCkEn ChOp 'IN THE SKY'


Just to share..introducing 'Gerai Kak Noor' in the sky.. : )
Well not really in the sky, but at Tanah Rata, but seriously delicious, super dupper yummy!

Unfortunately no photo was taken cos we just can't wait to finish it ;)

Anyway, the important description is the chcken portion is BIG, occupying 90% of the plate!
The crust is sooo nice and not oily, just that it has no sauce like mushroom or black pepper etc..just chili sauce in a bottle :)

The price is below RM10 and with that kind of size and taste, you will be totally full and with satisfaction!
Especially when you are already tired of having same steamboat and sate probably :)

Location wise? Hmm if you are familiar with Tanah Rata, just turn left-going to Maybank if you come from Brinchang. The stall is just few metres ahead of the bank.
There are few stalls there (like a mini food court) and look for the above banner!..and you can see crowd here :)

ENJOY!

HARUS BISA TERUS MEMBAHAM!

fifa_world_cup_3x2














                             sumber daripada: http://www.the-afc.com

Semenjak skuad kebangsaan Harimau Malaya menjulang piala Suzuki AFF tahun lalu, persepsi masyarakat terhadap skuad kebangsaan sudah mula beraliran positif. Nama pemain kebangsaan mula meniti di bibir, tercetus pelbagai momen rembatan gol yang menarik dan kekal di ingatan, jersi kebangsaan pun laris!

Semalam  setelah 7 bulan tidak berhadapan saingan sebenar, skuad Harimau Malaya melangkah bersemangat menentang Taiwan buat pertama kalinya dalam saingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.

Pada mulanya, permainan agak hambar, corak permainan seolah tidak menentu, bagaikan tiada keserasian antara pemain. Kami yang menonton pun rasa tak senang duduk dibuatnya. Saya secara peribadi sebenarnya memang tak sedap hati tatkala kelibat Khairul Fahmi Che Mat tiada di pintu gol! Bukanlah peminat fanatik, namun sememangnya kehadirannya memberikan satu keyakinan yang tinggi terhadap barisan pertahanan, itu yang saya dapat lihat..tak kiralah dalam skuad Olimpik Harimau Muda mahupun skuad senior Harimau Malaya ini. Setuju tak?

Walaupun Safee sudah kembali, namun tanpa gandingan serasi bersama penyerang Kelantan Norshahrul Idlan, rasanya kegusaran itu masih ada. Apakan daya, sehebat mana pun pemain pastinya bergelut dengan masalah kecederaan. Inilah dia salah satu halangan besar dalam permainan, apatah lagi kalau permainan di peringkat antarabangsa..alangkah sayangnya.
Dalam perlawanan ini, Safee juga malangnya turut tercedera di lutut dan tidak dapat beraksi di separuh masa kedua, begitu juga dalam perlawanan timbal balik di Taiwan nanti!

Apa pun, asalkan dapat bermain cukup 11 orang pun masih baik lagi..harap janganlah berlaku lagi nsiden pemain dibuang padang seperti yang berlaku dalam perlawanan Harimau Muda menentang Lubnan minggu lalu. Kalaulah kita kalah dek kerana kekurangan pemain..alangkah sayangnya. Mujurlah..ia bertukar menjadi pembakar semangat pemain muda melepasi ujian mental dalam permainan genting seperti itu. Syabas!

Berbalik kepada perlawanan semalam, setelah kemasukan seorang lagi penyerang Abdul Hadi Yahya, hantarannya menyumbang kepada rembatan gol yang cantik daripada Safiq Rahim selaku Kapten Skuad.
Rentetan itu barulah sistem pergerakan skuad berjalan lancar, nampak keserasian mula terbit.

Berjaya bertahan sehingga wisel penamat babak pertama, skuad negara membawa 1 mata ke separuh masa kedua. Sebetulnya kita punya banyak percubaan dan peluang yang sepatutnya boleh membawa kepada mata-mata seterusnya. Ada yang tergelincir di hadapan pintu gol tanpa sempat menyumbat bola, ada yang menendang terus ke dakapan penjaga gol Taiwan, dan ada beberapa tendangan dari luar kotak penalti yang melayang jauh ke atas pintu gol.

Apa daya, hanya dapat menambah satu lagi mata melalui tandukan kencang Aidil Zafuan daripada sepakan sudut Safiq. Namun, ianya begitu berharga sebenarnya kerana dengan tiba-tiba tembok pertahanan hilang kental sehingga dapat dibolosi mudah pada separuh masa babak kedua. Sayang sekali..ini bermakna bekalan selesa menjadi bekalan cukup-cukup makan..kepastian menang belum dapat diperkatakan..apa yang pasti, PASTIKAN GEMPUR BERTUBI dan BERTAHAN MATI-MATIAN..TAIWAN, HERE THEY COME TO ROARRRRR!!!

Ahad nanti, saya akan mengintai pintu gol terlebih dulu ;)