Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Monday, July 25, 2011

'GOL' BERAPA DATUK HARIMAU? :)

SAFEE meraikan gol pertama Harimau Malaya ke atas Singapura.
sumber daripada: http://www.bharian.com.my/bharian

Aduuhhh! Sabtu lepas merupakan hari paling panjang dirasakan, dari pagi tak sabar nak malam untuk menyaksikan Malaysia lawan Singapura, semuanya serba tak kena. Hati pun tak berapa sedap, maklumlah pasukan sana tu ada 5 orang pemain import yang tentunya ada kelebihan fizikal dan macam-macam lagi, padang tiruan lagi (hmm tak boleh ke ada peraturan jenis padang yang standard?)

Bangga rasanya sebab pasukan kita 100% tanah tumpahnya darahku di Malaysia. Kita cubalah sedaya upaya kita berbekalkan jiwa anak bangsa, tak perlu nak sumbat ramai-ramai pemain luar (tak kiralah dah jadi warganegara pun) hmm, padaku terasa kurang kelas bila wakil negara tetapi tak macam orang negara tu pun.. :)..kelirunya!
Alangkah baiknya kalau FIFA ada peraturan baru..untuk pasukan negara mesti 100% asli termasuk jurulatih..bukan untuk bola saja tetapi untuk semua sukan pun bagus juga. Kalau nak pergi berkursus dengan orang luar tu bolehla..tetapi lepas itu mesti balik buat sendiri!

Kalau kelab tu tak kisahla, nama pun kelab..nak sumbat pemain daripada seluruh dunia pun tak jadi hal.
Sebab kelab pun berdana daripada hartawan, ada duit, boleh adakan pasukan yang hebat, kemudahan yang baik, latihan yang cukup. Negara pun sama, maksudnya kalau ada peruntukan lebih pasti boleh adakan latihan lebih intensif dan sebagainya, tetapi pokoknya orangnya biarla asli, lambang budaya negara.

Dipendekkan cerita, igauan ngeri menjadi kenyataan bila pasukan kita kalah 3-5 dan kehilangan kapten pasukan yang bakal duduk di luar padang untuk 2 lagi episod perlawanan.
Rasanya patut dapat kad kuning saja, sebab ternyata bukan satu serangan sengaja, sungguh aku terkejut dan kecewa memandangkan kapten kita itu nadi pasukan, dan dia pula bukan jenis yang biasa dapat kad, sekali dapat terus merah...rasa tak boleh nak terima!

Padaku, gol-gol kita semuanya cantik, Safee tetap terus tidak menghampakan namun sayangnya kita acap kali menghadiahkan peluang gol kepada lawan dengan penalti dan sepakan percuma, tolonglah elakkan! Diyakini asakan mereka yang kalau tidak dihalang mungkin tak dapat melepasi pintu gol pun, berikan saja tekanan agar rembatan tersasar.
Kalau dihalang mulalah dapat sepakan percuma dan mulalah suhu badan penonton naik mendadak :(

Ingatlah wahai pasukan kebangsaanku yang anda telah gah mencipta kejayaan menewaskan Indonesia tak sampai setahun yang lalu yang pada mulanya membolosi anda 5-1. Ketika menjulang kejayaan itu, anda semua kelihatan begitu bersepadu, gah bertahan dan berbisa menyerang! Sarung tangan penjaga gol pun macam ada gam saja..sepakan penalti pun masuk dalam genggaman. Janganlah lupa yang anda adalah pasukan itu, bukan orang lain, ya..andalah yang kami harapkan. Tumpaskan Singapura bersama keangkuhan mereka;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BennetyakinSingamampuulangikemenangandiKL/Article/index_html


Terasa senak membaca tulisan artikel itu, geram pun ada, risau bertambah berganda!
Yang paling penting beraksilah dengan penuh tenang dan terkawal, bijak dan bersepadu, bersefahaman dan penuh semangat, lincah dan ligat (tiru habis-habisan Van Persie dan rakan-rakan yang dah pun tunjuk contoh depan mata).

Ku sedar ku hanya mampu berbicara, bukan aku yang main kat padang tu.. namun doa dan harapan penyokong Harimau Malaya pasti tetap mengiringi.

GOL berapa Datuk Harimau?

"3-0!!! roaaarrrrrrr
Malayan Tiger in the water.
sumber daripada: http://en.wikipedia.org/wiki/

No comments:

Post a Comment