Friday, July 1, 2011

HARUS BISA TERUS MEMBAHAM!

fifa_world_cup_3x2














                             sumber daripada: http://www.the-afc.com

Semenjak skuad kebangsaan Harimau Malaya menjulang piala Suzuki AFF tahun lalu, persepsi masyarakat terhadap skuad kebangsaan sudah mula beraliran positif. Nama pemain kebangsaan mula meniti di bibir, tercetus pelbagai momen rembatan gol yang menarik dan kekal di ingatan, jersi kebangsaan pun laris!

Semalam  setelah 7 bulan tidak berhadapan saingan sebenar, skuad Harimau Malaya melangkah bersemangat menentang Taiwan buat pertama kalinya dalam saingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.

Pada mulanya, permainan agak hambar, corak permainan seolah tidak menentu, bagaikan tiada keserasian antara pemain. Kami yang menonton pun rasa tak senang duduk dibuatnya. Saya secara peribadi sebenarnya memang tak sedap hati tatkala kelibat Khairul Fahmi Che Mat tiada di pintu gol! Bukanlah peminat fanatik, namun sememangnya kehadirannya memberikan satu keyakinan yang tinggi terhadap barisan pertahanan, itu yang saya dapat lihat..tak kiralah dalam skuad Olimpik Harimau Muda mahupun skuad senior Harimau Malaya ini. Setuju tak?

Walaupun Safee sudah kembali, namun tanpa gandingan serasi bersama penyerang Kelantan Norshahrul Idlan, rasanya kegusaran itu masih ada. Apakan daya, sehebat mana pun pemain pastinya bergelut dengan masalah kecederaan. Inilah dia salah satu halangan besar dalam permainan, apatah lagi kalau permainan di peringkat antarabangsa..alangkah sayangnya.
Dalam perlawanan ini, Safee juga malangnya turut tercedera di lutut dan tidak dapat beraksi di separuh masa kedua, begitu juga dalam perlawanan timbal balik di Taiwan nanti!

Apa pun, asalkan dapat bermain cukup 11 orang pun masih baik lagi..harap janganlah berlaku lagi nsiden pemain dibuang padang seperti yang berlaku dalam perlawanan Harimau Muda menentang Lubnan minggu lalu. Kalaulah kita kalah dek kerana kekurangan pemain..alangkah sayangnya. Mujurlah..ia bertukar menjadi pembakar semangat pemain muda melepasi ujian mental dalam permainan genting seperti itu. Syabas!

Berbalik kepada perlawanan semalam, setelah kemasukan seorang lagi penyerang Abdul Hadi Yahya, hantarannya menyumbang kepada rembatan gol yang cantik daripada Safiq Rahim selaku Kapten Skuad.
Rentetan itu barulah sistem pergerakan skuad berjalan lancar, nampak keserasian mula terbit.

Berjaya bertahan sehingga wisel penamat babak pertama, skuad negara membawa 1 mata ke separuh masa kedua. Sebetulnya kita punya banyak percubaan dan peluang yang sepatutnya boleh membawa kepada mata-mata seterusnya. Ada yang tergelincir di hadapan pintu gol tanpa sempat menyumbat bola, ada yang menendang terus ke dakapan penjaga gol Taiwan, dan ada beberapa tendangan dari luar kotak penalti yang melayang jauh ke atas pintu gol.

Apa daya, hanya dapat menambah satu lagi mata melalui tandukan kencang Aidil Zafuan daripada sepakan sudut Safiq. Namun, ianya begitu berharga sebenarnya kerana dengan tiba-tiba tembok pertahanan hilang kental sehingga dapat dibolosi mudah pada separuh masa babak kedua. Sayang sekali..ini bermakna bekalan selesa menjadi bekalan cukup-cukup makan..kepastian menang belum dapat diperkatakan..apa yang pasti, PASTIKAN GEMPUR BERTUBI dan BERTAHAN MATI-MATIAN..TAIWAN, HERE THEY COME TO ROARRRRR!!!

Ahad nanti, saya akan mengintai pintu gol terlebih dulu ;)













 














    

No comments:

Post a Comment