TTC maksudnya Trying To Conceive..hmm ya ada istilah untuk itu..makin lama makin meluas penggunaan singkatan tu, sebab apa?
Sebab bukan senang sebenarnya nak dapat..dan semakin ramai yang secara positif mengambil inisiatif bagi mencapainya...berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.., ya mungkin yang senang dapat sedang menggeleng kepala sebab tak setuju..tetapi rasanya kalau dihitung-hitung memang bukanlah mudah kan..kalau rasa-rasa susahnya nak dapat kerja..fikir semula..atau susahnya nak dapat makanan..fikir semula.. sebab tu tak ada istilah Trying To Find Job atau Trying to Get Some Food..
Semua jenis rezeki pun bukanlah mudah nak dapat dan memang kena berusaha ke arahnya, lepas tu berdoa dan bertawakal pada Allah yang memberi, dan yakinlah Dia akan bagi..jangan ada sekelumit pun persangkaan buruk (hmm mesti tak ada juga lagi/ya ke boleh dapat) walau entah berapa banyak usaha dan doa sekalipun (mesti yakin yang kali ini tak sama, kali ini dapat!)
Memang tak dinafikan ada orang yang tak akan guna istilah TTC dalam hidup dia. Mungkin ada perkara-perkara lain pula yang dia perlu 'try harder', biarlah dia saja yang tahu. Tak perlulah kita nak siasat samada hidup ini sudah cukup adil untuk semua orang. Yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada. (tetapi bukan untuk rasa serba cukup dan berhenti berusaha) Selalu gunakan perkataan sekurang-kurangnya.
Sekurang-kurangnya suami saya setia dan sanggup berkongsi suka duka. Ya betul, melalui pandangan mata dan hati saya, kebanyakan hamba Allah yang diuji dengan pergelutan TTC ini, bersuamikan hamba Allah yang sedemikian, tak perlu nak Trying to Work Marriage Out.... Tekanan dek kerana TTC tentunya ada, namun rasanya lebih menguatkan hubungan kerana hanya aku dan dia yang mengerti dan tentunya Dia lebih lagi.
Kalau kita yakin dan terus kuat berusaha, tak akan ada istilah 'the clock is ticking'..lantaklah dah 40 pun, sebab kalau Allah nak bagi, tak ada yang mustahil. Jadi tak perlulah kira dah berapa lama kahwin, dah berapa tahun cuba, buat rawatan, dah berapa umur tahun ini...nak banding dengan orang lain lagi.. :( yang penting terus-terusan berusaha. Mungkin Allah sedang mengukur ketekunan, keyakinan dan kesungguhan kita sehingga sampai tahapnya Dia berpuas hati untuk memberi ganjaran yang datang tanpa diduga.
'Miracle Does Happen in a way only Allah knows for what reason'
No comments:
Post a Comment