Tuesday, July 12, 2011

pUas hATi


View ImageView Image
        drama bersiri yang penuh impak                             penyudah di layar perak
sumber imej daripada http://images.search.yahoo.com/search/images

Lama juga tunggu bersiaran di TV, rupanya tak akan muncul di rangkaian 480. Tunggu keluar DVD, pasti nak satu, sebagai pelengkap koleksi DVD drama bersirinya...hampa lagi.
Manalah perginya filem yang mengutip hampir 5juta ini?

Akhirnya ia muncul di http://www.tonton.com.my/
Kenalah mendaftar dulu dan kemudian belilah kredit, ada RM10, 20 dan 50.
Boleh juga beli drama bersiri, video, rancangan-rancangan lain.

Bagi filem ini, kena bayar 10 kredit = RM10, dan dapat melayari di web selama 48jam.
Boleh ditonton bila-bila, nak ulang-ulang sebab nak dengar lagi dialog yang menarik ;) pun boleh..tarik saja kursor durasi ke belakang sedikit.

Pada mulanya, saya dengar orang cakap tak sehebat drama, tetapi ada juga yang awal-awal dah berendam air mata, ada juga yang dah jangka Nur akhirnya dengan Aidil (alamak, pengakhiran yang tak kena dengan karakter Nur yang sangat setia tu)

Biarlah tengok sendiri, akhirnya puas hati!!!
Sinematografi sangat indah!!! Nak bagi 5 bintang.. layak rasanya kalau dapat masuk pencalonan anugerah antarabangsa untuk filem luar terbaik.
Lakonan pelakon semua tetap seutuh pembawaan karakter dalam drama bersiri malahan lebih hebat sebab lebih banyak emosi yang mereka nak kena mainkan.
Jalan cerita pun terbaik, tidak terlalu boleh dijangka, tidak juga terlalu memeningkan sampai tak masuk akal..pendek kata cukup ramuan, pada mulanya banyak nak tanya terus tak jadi tanya :)

Antara mesej penting; kematian itu pasti, cepat atau lambat saja..nak mati bersama pada ketika yang sama..kalau Allah nak bagi..dapatla..kalau tak dapat..kena tunggu dulu..yang tinggal pasti menyusul juga nanti..sementara itu kena teruskan hidup!

Yang paling penting, tengoklah sendiri!

Dialog yang sukar dilupakan..banyak.. kalau tonton tengah-tengah malam, jawabnya mimpi kat tengah bendang dan padang pasir la selepas tu :)

Selamat Metonton.com.my!











































































No comments:

Post a Comment