Di zaman ini, hubungan ibu bapa dan anak tidak sama lagi seperti di zaman dahulu. Dulu, keluarga sangat besar, keluarga merangkumi pelbagai keluarga nukleus. Kehidupan pelbagai keluarga berdekatan, saling memerlukan. Pendek kata, kalau sesuatu terjadi pada ibu bapa, anak itu dapat beralih teduh, di bawah jagaan ibu bapa saudara dan boleh hidup bersama dengan sepupu sepapat. Tapi kini, ibu bapa adalah segalanya. Pergantungan anak sepenuhnya pada ibu bapa. Harapan ibu bapa juga hanyalah pada si anak.
Kehilangan akan membutakan arah tujuan hidup seterusnya.
Persaudaraan terasa tidak seakrab dulu lagi. Dunia tanpa sempadan, tetapi keakraban pula yang berbatas.
Di mana silapnya?
Obsesi?
'Privacy'?
Lantaran itu, anak-anak sekarang bukan lagi milik saudara-mara apatah lagi masyarakat.
Hendak dibimbing dan ditegur pun, 'mak bapak dia pun tak bising..siapalah kita kan?'
Betulkah begini?
Kau jaga anak kau, aku jaga anak aku?
Bukankah burung itu akhirnya terbang juga dari sarangnya?
Mampukah ia terbang tinggi dan mencari arahnya sendiri?
Sekadar renungan...
No comments:
Post a Comment