Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Friday, August 17, 2012

BERKORBAN APA SAJA

Ramadhan sudah hari kedua terakhir ni, esok orang tengok anak bulan tapi ikut hisabnya Ahad ni dah RAYA.

Catatan tempoh hari aku selamat menempuh Ramadahan bersama si kecil dalam perut ni, gigih bangun sahur setiap pagi, masak nasi dan lauk jam 4 suku demi bekalan tenaga yang berkhasiat dan segar untuk si anak terutamanya, diri sendiri dan suami. Berbuka memanglah membeli tapi sedaya upaya membeli dari penggerai yang kami dah biasa, nak elak keracunan yang bukan-bukan.

Namun, pada pagi sahur hari ke-14, dan aku telah tidur agak lewat malamnya, jam 12 lebih..kiranya baru 4 jam lebih tidur dah pun bangun, aku rasa sakit perut, bukan sakit perut memulas tetapi tegang! Rasa seperti semalaman bersukan setelah lama tak bersukan.

Bila dah mula berdiri memasak di dapur, alhamdulillah tak rasa sangat. Selesai makan, sambil nak bersiap pergi kerja, memang rasa berbelah-bagi nak pergi ke tidak sebab sakit, tak selesa, tak pernah ku rasa. Berterusan dalam perjalanan begitu...hampir nak bawa kad hospital (oh ya dah nak masuk 31 minggu tapi tak sempat siap beg lagi) tapi tak bawa, semalam pun hampir nak ke hospital sebab sebelah pagi rasa anak kurang aktif...tapi sebaik tengahari, dia seperti biasa..alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke pejabat memang on off rasa sakit tu dan seperti menular ke bahagian bawah rasa kejang macam nak haid! Ah sudah...bila tanya kakak pun gayanya tak macam braxton hicks sebab kerap sangat dan rasanya agak ekstrem.

Masuk pejabat juga, suami pergi mesyuarat sekejap..aku pun ada hal sikit...pergi berbaring pun sakit sungguh...tidur pun tak lena...semua yang memerhati memang nampak gaya aku nak bersalin!
Suami datang ambil dan bawa ke hospital menjengah tengahari. Sempat berjumpa Dr ku tanpa temujanji dan aku ditahan kerana dikhuatiri PRETERM LABOUR!

Aku dan suami masing-masing berpandangan, terlalu banyak yang bermain di fikiran kami.
Aku masih sakit lagi! Tapi anak aktif sekali...alhamdulillah. Dan, melalui imbasan, kepala anakku dah berpusing ke atas, sebelum ini memang di bawah. Kasihan ankku, mungkin dia pun bimbang uterus ku ber kontraksi sedangkan dia belum boleh keluar berdikari!

Aku diuji dengan mesin CTG sebanyak 2 kali dan semasa yang pertama memang sambil aku didatangi kontraksi yang kerap sampai terpaksa amalkan kaedan pernafasan orang nak bersalin! Seriau!

Memang terlukis di graf akan kontraksi ku yang kerap tapi bagi degupan jantung anak sangat baik sekali, cuma kekadang dia dalam mood malas atau ngantuk hehe.

Kali kedua, hasilnya lebih baik, masih ada kontraksi tapi kecil dan aku tak rasa pun sangat.

Aku juga disuntik ubat tahan kontraksi selain makan, dan disuntik 2 kali sehari seminggu ubat mematangkan paru-paru anak...kalau-kalau dia mahu lahir juga pramatang. Dr meletakkan minimum 34 minggu usia untuk itu berlaku sekurang-kurangnya. Duhai anak, tunggulah 37 minggu-40 minggu ya..mama sabar menanti saat itu asalkan kamu cukup sihat, matang dan sempurna nak. Mama tak mahu kamu lama ditahan di hospital dalam kotak sempit yang panas dan dicucuk macam-macam.

Kini, sejak hari itu, puasaku masuk buku 555. Lebih lama daripada kebiasaan didatangi haid.
Baru aku perasan sejak puasa kakiku yang bengkak dah jadi sangat kurus dan orang pun tegur aku nampak susut, memang ditimbang di hospital pun beratku turun 1.4 kg. Anakku seberat 1.2 kg semasa berusia 30 minggu. Sungguh aku rasa aku mampu, aku ok berpuasa.. :( Rupanya tidak...mungkin. Tak pastilah kenapa, mungkin juga sebab aku galak makan bendi dan minum air kelapa puasa ni yang mungkin aku tak tahan ambil cepat sangat (aku tak makan sebelum ni).

Menuruti nasihat jururawat, mak, kakak, suami, ramai lagi...aku nekad tak puasa dah...makan dan minum cukup-cukup demi kandunganku, alhamdulillah pemeriksaan terakhir, berat anak dah masuk 1.8kg semasa hampir 8 bulan dan beratku sudah naik 200g. Rasa lebih bertenaga, tiada lagi kontraksi sejak dirawat hari pertama, teruskan makan ubat dan cucuk seminggu sekali.

Raya, memang tak ke mana, dah dirancang begitu sejak ditahan 2 hari di wad sebab ada DISCHARGE sewaktu kandungan 5 bulan. Alhamdulillah, bukan bleeding, tak ada apa, Dr mahu
berwaspada dan memantau keadaanku saja. Dan ibu ayahku jua ada di sini, dapatlah aku tetap beraya bersama.

Pertama kali aku tak berperasaan sgt nak raya sebab dah tak puasa lama..makan macam hari biasa hehe tak pernah aku begini kalau waktu tak puasa sebab haid, juga sebab tidak ke mana-mana, pertama kali beraya di KL, dan aku kini tak berada di rumahku sebab nak sedia dekat dengan hospital...jadi feel tu lain sikitlah..baju raya ala kadar...kueh langsung tak tempah. Tapi apa pun, yang bermakna, aku di sini dengan suami di sisi, mengharungi saat susah senang bersama dan terima kasih kepada kakak yang sudi menjagaku, kami yang tak berpengalaman ini.

Duhai anak mama dan abah, teruslah bertahan, sihat dan sempurna ya nak, lahir cukup masa, matang dan mudah, mama tak putus-putus berdoa, pada Allah kita bermohon. Mama dan abah sangat menyayangimu! Ya Allah, tolong kabulkan doa kami, mohon semua baik saja...amiiinn.




3 comments:

  1. Hopefully semua ok areina..saya pun nervous baca cerita areina ni..

    Baby, tunggu lagi bape minggu ni baru keluar ye :-)

    ReplyDelete
  2. tgu 3 mingggu ke atas tau BB..Cian Mama....Moga Selamat semuanya..amin!... :)

    ReplyDelete
  3. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    ReplyDelete