Thursday, December 30, 2010

SEMANGAT YANG KEMBALI!

Tahniah buat kita semua sebab semangat dah kembali! Thanks to the national football team! Semangat kesukanan membuak-buak.. sangat bangga dengan kebolehan orang kita..semuanya bermula 26 Disember yang lalu..persembahan yang sangat menaikkan keyakinan semua orang bahawasanya kitalah bakal JUARA! Pasti ramai yang tak pernah minat dengan pasukan tempatan atau minat dengan bola sepak sekalipun turut sama turun menonton di stadium, di kedai-kedai mamak ataupun paling tidak di ruang tamu sendiri. Tak cukup dengan tonton, esoknya sibuk pula membelek satu persatu akhbar yang memaparkan aksi cemerlang pasukan kita serta kobaran semangat juang yang turut sama dirasai semua. Ditambah lagi dengan mengikuti perkembangan dan sorotan berita mengenainya di segenap saluran TV yg ada, juga mendengar celoteh juruhebah radio di pagi hari yang sangat bersemangat dan menghiburkan! Lama sungguh rasanya tak rasa SIBUK macam ni..sibuk dalam keterujaan!
Semuanya dah pun berakhir semalam. Malam penentuan..ibarat separuh masa kedua setelah direhatkan 3 hari..melihatkan kekebalan pertahanan dan tentunya penjaga gol yang menangkap bola bagaikan ada gam atau pencengkam pada tangannya..tak lain tak bukan syabas buat Fahmi...pemain muda yang sangat berharga! Kecekapan dan kecemerlangannya ternyata sejak daripada perlawanan menetang Vietnam tanpa bolos di kedua-dua peringkat separuh akhir. Kalau ditanya siapakah yang lebih dulu menarik perhatian saya, tentunya Fahmi..yang meyakinkan saya..harapan kita sangat CERAH!
Keep up the GOOD work of your hands!
Gelecek terbaik tentunya buat Norshahrul Idlan sewaktu menghantar bola buat tendangan Safee yang pertama di Bukit Jalil..penuh dengan helah tetapi segak..dan jaringan tercantik tentunya tandukan tepat Safee hasil hantaran yang juga cantik...semuanya mantap belaka!
Semalam, walaupun bolos 2 gol, namun pastinya pemain-pemain kita telah pun membuktikan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Kegagalan Fahmi dilihat sesuatu yang boleh diterima dek bola "deflect' dan juga serangan bertubi dari dua arah yang kencang sehingga bola gagal ditangkap kemas, sebaliknya hanya mampu ditepis. IT'S OK IT'S ALRIGHT..proven, kita tak pakai bomoh ye...
Pujian pembakar semangat buat Safee kerana menyempurnakan misi meledak gol pertama di tempat lawan bagi meluntur dan menggentarkan mereka lantas menjulang tinggi semangat sepasukan mahu pulang bersama piala yang dihajatkan. Ianya sangat tidak dijangka penonton di rumah..sedang berkira-kira berapa lama lagi nak habis...jeritan MASUK kedengaran..tetapi tidak di stadium, kerana dengarnya penyokong kita terpaksa berkhemah di kedutaan kerana tidak diberi tempat duduk yang sepatutnya oleh tuan rumah! Lihatlah pemain kita bermain hanya bersama bayangan sorakan kita sahaja..namun mantapnya seolah kedengaran jeritan dari Malaysia yang bersorak dan bertepuk tampar sesama sendiri penuh keterujaan! GOOD WORK!
Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat di perlawanan akhir semalam apabila menangkap tendangan penalti pemain paling bernilai AFF serta menepis menampan entah berapa banyak kali cubaan serangan pihak lawan agaknya..tak terkira..ironinya..dia bukanlah penerima anugerah MVP..sayang sekali! Kalau anda hendak beli pemain, siapa yang anda pilih, Firman atau Fahmi? ;)
Apa pun kuasa memutuskan pada tangan AFF, biarlah apa jua pun alasannya. We can decide who we think deserves to get it!
Hmm terasa bak pengulas sukan berceloteh panjang di sini..sangat gembira!
Sebenarnya sukan membuatkan kita sedar yang sebenarnya kita ni sayang pada tanahair kita, sedar asal usul kita..beralih sekejap dari EPL dan macam-macam lagi sukan antarabangsa lain dek kerana adanya negara kita bermain dengan penuh semangat pula..teruskan semangat ini! Teruskanlah mengikuti perkembangan sukan kita sambil mengikuti sukan antarabangsa..lama-lama pasti kita akan bertambah menghargai hujan batu di negara sendiri tu. Kalau turun semula semangat ini nanti cepat-cepat julangkan balik, janganlah habis manis sepah dibuang pula..kembali mencemuh dan meminggirkan..susah senang bersamalah hendaknya.
Namun begitu, dirasakan ini baru permulaan..pengenalan kepada satu lagi era bola sepak yang hebat di Malaysia dan mungkin bakal mara lebih jauh lagi yang tak tercapai sebelum ini..
Tahniah buat semua..tiada seorang pun yang menjadi wira solo..semuanya saling memerlukan..walaupun trofi penjaring terbanyak buat Safee, it is also meant for the whole team..keep up the tremendous effort and strong teamwork..dont stop being humble..never feel like a one man show coz believe it or not, there is never a game without the rest of the team! Taking count all these, pasti kita sedang dalam perjalanan menuju Piala Dunia!Boleh..siapa kata tak boleh??? Ignorance is Bliss (Pedulikan mereka yang menuduh yang bukan-bukan):)

Monday, December 20, 2010

fate is fate?

Fate atau takdir tu sesuatu yang meant to be. But then, do we have choices to override it?
Sebenarnya kita tak tahu apa takdir kita melainkan setelah ianya berlaku dan telah dapat difahami seluruhnya. Misalnya kita ditakdirkan dapat anak kembar 3 tapi susah nak dapat..kena tunggu selepas 10 tahun. Then, after 5 years of trying, kita belum tahu lagi takdir tadi, we can say my fate is with no child at all.
Memang kita takkan tahu what's in store for us. Some people might find life so easy and by the book, their fate is like as written in a book of life stages, so they know what to expect in advance. Not an adventerous life eh?
If you are one of those with buckets of anonymous fate, buckle up your seat and enjoy your ride!
Tak guna nak dikeluhkan..hadap saja lah..always believe in blessings in DISGUISE.
Logically, you are much more equipped with knowledge and experiene, so you are SMART and MATURED!
Mungkin kita belum cukup bijak dan matang untuk menghadapi sesuatu tu, makanya Allah lebih pandai mengatur jalan-jalan yang dapat mematangkan kita terlebih dahulu.
Same thing is different at different angle, mungkin ada orang diberi mudah untuk diuji kesabarannya dengan apa yang diberi,..ada yang tidak diberi kerana mahu diuji kesabarannya dengan apa yang tidak diberi..cant expect ujian yang sama untuk semua orang kan? Bukan SPM!

So if you think you already know what's in store for you, think again.
Enjoy setakat apa yang ada, Adventure to fight for more, Never give up..last but not least, Open your heart to your fate, when it is already fated! Semoga Allah Merahmati jiwa-jiwa yang redha setelah gigih bertempur!

Thursday, December 2, 2010

HATI YANG KAU SAKITI

Tajuk tu macam tajuk lagu Rossa..but in reality everybody must have had this experience in life. Menyakiti dan disakiti..bezanya, sejauh mana kita belajar dari kesilapan itu dan memang menganggap ianya satu kesilapan atau sebaliknya tanpa rasa bersalah sedikit pun timbul dalam hati yang keras macam batu.
It is very difficult to block one self from feeling hurt and further to heal it especially to heal it oneself..terasa diri ini tiada yang peduli, tiada yang kisah, tiada yang kasih.
Mungkin ianya bermula dari kesilapan diri sendiri lantas disakiti dengan kata-kata pedih daripada orang lain, tapi bila dah HURT, hati akan mengeras degil dan tak ingin mengaku kesilapan diri..biarlah apa pun.. especially when it doesn't feel such a big DEAL of mistake..just a provocation from other to cover one self mistake by highlighting others'..in other way, if you always find people altering your say, there must have been something missing somewhere about it. Life is actually not simply pointing out, simply threatening oneself.. although that is the simplest way..and that leads to hurting people.
Life will be much much HEAVEN if everyone pointing in and realize their own mistake before letting people pointing out and HURT the heart badly. Tiada lagi hati yang disakiti.
Ada orang memang keras hati macam konkrit tetapi ada juga yang sebenarnya lembut kalau kena gayanya..sendiri akan berubah tanpa provokasi dan peringatan yang menyakitkan..otherwise this creature will end up being even much much harder than concrete, dont even care about anything at all, lost her soul and leave her soft bright heart behind.
Hati ini memang keras, tetapi terbukti kebiasaannya lembut dan terjinak..suatu hari ia terus keras dan mengeras seolah tidak dapat dilembutkan lagi...sudah berubahkah hati ataukah hati ini telah hilang kasih sayang dan bimbingan yang tahu melenturkannya..ke manakah hati ini telah pergi dan menetap?