Thursday, December 30, 2010

SEMANGAT YANG KEMBALI!

Tahniah buat kita semua sebab semangat dah kembali! Thanks to the national football team! Semangat kesukanan membuak-buak.. sangat bangga dengan kebolehan orang kita..semuanya bermula 26 Disember yang lalu..persembahan yang sangat menaikkan keyakinan semua orang bahawasanya kitalah bakal JUARA! Pasti ramai yang tak pernah minat dengan pasukan tempatan atau minat dengan bola sepak sekalipun turut sama turun menonton di stadium, di kedai-kedai mamak ataupun paling tidak di ruang tamu sendiri. Tak cukup dengan tonton, esoknya sibuk pula membelek satu persatu akhbar yang memaparkan aksi cemerlang pasukan kita serta kobaran semangat juang yang turut sama dirasai semua. Ditambah lagi dengan mengikuti perkembangan dan sorotan berita mengenainya di segenap saluran TV yg ada, juga mendengar celoteh juruhebah radio di pagi hari yang sangat bersemangat dan menghiburkan! Lama sungguh rasanya tak rasa SIBUK macam ni..sibuk dalam keterujaan!
Semuanya dah pun berakhir semalam. Malam penentuan..ibarat separuh masa kedua setelah direhatkan 3 hari..melihatkan kekebalan pertahanan dan tentunya penjaga gol yang menangkap bola bagaikan ada gam atau pencengkam pada tangannya..tak lain tak bukan syabas buat Fahmi...pemain muda yang sangat berharga! Kecekapan dan kecemerlangannya ternyata sejak daripada perlawanan menetang Vietnam tanpa bolos di kedua-dua peringkat separuh akhir. Kalau ditanya siapakah yang lebih dulu menarik perhatian saya, tentunya Fahmi..yang meyakinkan saya..harapan kita sangat CERAH!
Keep up the GOOD work of your hands!
Gelecek terbaik tentunya buat Norshahrul Idlan sewaktu menghantar bola buat tendangan Safee yang pertama di Bukit Jalil..penuh dengan helah tetapi segak..dan jaringan tercantik tentunya tandukan tepat Safee hasil hantaran yang juga cantik...semuanya mantap belaka!
Semalam, walaupun bolos 2 gol, namun pastinya pemain-pemain kita telah pun membuktikan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Kegagalan Fahmi dilihat sesuatu yang boleh diterima dek bola "deflect' dan juga serangan bertubi dari dua arah yang kencang sehingga bola gagal ditangkap kemas, sebaliknya hanya mampu ditepis. IT'S OK IT'S ALRIGHT..proven, kita tak pakai bomoh ye...
Pujian pembakar semangat buat Safee kerana menyempurnakan misi meledak gol pertama di tempat lawan bagi meluntur dan menggentarkan mereka lantas menjulang tinggi semangat sepasukan mahu pulang bersama piala yang dihajatkan. Ianya sangat tidak dijangka penonton di rumah..sedang berkira-kira berapa lama lagi nak habis...jeritan MASUK kedengaran..tetapi tidak di stadium, kerana dengarnya penyokong kita terpaksa berkhemah di kedutaan kerana tidak diberi tempat duduk yang sepatutnya oleh tuan rumah! Lihatlah pemain kita bermain hanya bersama bayangan sorakan kita sahaja..namun mantapnya seolah kedengaran jeritan dari Malaysia yang bersorak dan bertepuk tampar sesama sendiri penuh keterujaan! GOOD WORK!
Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat di perlawanan akhir semalam apabila menangkap tendangan penalti pemain paling bernilai AFF serta menepis menampan entah berapa banyak kali cubaan serangan pihak lawan agaknya..tak terkira..ironinya..dia bukanlah penerima anugerah MVP..sayang sekali! Kalau anda hendak beli pemain, siapa yang anda pilih, Firman atau Fahmi? ;)
Apa pun kuasa memutuskan pada tangan AFF, biarlah apa jua pun alasannya. We can decide who we think deserves to get it!
Hmm terasa bak pengulas sukan berceloteh panjang di sini..sangat gembira!
Sebenarnya sukan membuatkan kita sedar yang sebenarnya kita ni sayang pada tanahair kita, sedar asal usul kita..beralih sekejap dari EPL dan macam-macam lagi sukan antarabangsa lain dek kerana adanya negara kita bermain dengan penuh semangat pula..teruskan semangat ini! Teruskanlah mengikuti perkembangan sukan kita sambil mengikuti sukan antarabangsa..lama-lama pasti kita akan bertambah menghargai hujan batu di negara sendiri tu. Kalau turun semula semangat ini nanti cepat-cepat julangkan balik, janganlah habis manis sepah dibuang pula..kembali mencemuh dan meminggirkan..susah senang bersamalah hendaknya.
Namun begitu, dirasakan ini baru permulaan..pengenalan kepada satu lagi era bola sepak yang hebat di Malaysia dan mungkin bakal mara lebih jauh lagi yang tak tercapai sebelum ini..
Tahniah buat semua..tiada seorang pun yang menjadi wira solo..semuanya saling memerlukan..walaupun trofi penjaring terbanyak buat Safee, it is also meant for the whole team..keep up the tremendous effort and strong teamwork..dont stop being humble..never feel like a one man show coz believe it or not, there is never a game without the rest of the team! Taking count all these, pasti kita sedang dalam perjalanan menuju Piala Dunia!Boleh..siapa kata tak boleh??? Ignorance is Bliss (Pedulikan mereka yang menuduh yang bukan-bukan):)

No comments:

Post a Comment