Wednesday, November 30, 2011

RASA TAK BERDAYA

Dah sekian lama tak menulis..ada idea kemudian hilang macam tu je..walaupun macam-macam yang berlaku..

Yang hangat tapi dah pun melebur tentulah pasal bola skuad Harimau Muda..perlawanan menentang Indonesia pada final SEA Games memang sesuatu yang luar biasa..sampai tak sanggup nak menontonnya..rasa nak demam dan sakit kepala..terus tidurkan diri :)

Lepas tu tengok pula aksi menentang Syria yang pada hemat separuh masa pertama, bukanlah hebat sangat Syria tu..tetapi sebaliknya berlaku pada baki masa perlawanan..alasannya pancit belum sudah daripada final SEA Games..ok redha..
Klimaksnya perlawanan menentang Bahrain yang merupakan titik tolak samada cahaya harapan nak menyertai Olimpik masih bersinar atau tidak..pada hemat separuh masa pertama nampak Bahrain lebih tumpul daripada Syria..ahhh mesti boleh makan..nampak pula terjahan berkelas dari Nazmi Faiz meletakkan kita di hadapan..tambah yakin namun tetap bimbang dengan momentum kita..separuh masa kedua dalam perjalanan pulang ke rumah (tapi dah rasa tak berapa yakin menang :(  )..sampai rumah terus buka tv dan tengok perlawanan dah selesai..penyampai sukan macam tersenyum..ehh menang ke ni..alih-alih dia cakap kita tewas malam ini..  haaa???? (ramalanku benar belaka?)

Alangkah terkilannya..sebab kita dah mendahului bukan 1 yang telah ku sedia maklum tapi 2 gol berbalas 0..dan bukanlah separuh masa kedua Bahrain bangkit dengan strategi berbeza..tapi cuma dalam masa 5 minit dapat menyumbat 3 gol seakan terlampau hebat sehingga menunggu saat akhir untuk tayang skil!?? Lagi haru..Bahrain sudahpun tinggal 10 orang di saat itu..apa lagi yang kau mahu??? Lagi hilang fokus bila ada kelebihan?? Lebih bersemangat bila ketinggalan? Musykilnya..
Bila baca suratkhabar..khabarnya 2 pemain tengah cedera (never ending problem) dan terpaksa dikeluarkan.. lalu pemain pertahanan pula ke yang hilang arah..agaknya begitulah..eh tak tahulah nak cakap apa..pokoknya tak ada rezeki ..boleh tutup kisah macam tu je? Bolehla..

Dah mula cakap pasal bola..terus tak terkata pasal benda lain yang dah lama tersimpan..mungkin di lain masa..
ehsan: Kosmo Online

No comments:

Post a Comment