Friday, December 16, 2011

Tentang OPK

contoh-ihsan Yahoo Image


Sejak kebelakangan ini, selalu juga terserempak dengan tajuk yang bermula dengan tentang.. :) mungkin penangan cerita Tentang Dhia..yang saya tak pernah tengok tu..


Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, saya telah mencuba OPK (Ovulation Prediction Kit). Pada mulanya saja hendak cuba-cuba, lama-lama jadi selesa pula nak perhatikan setiap bulan bila saya ovulate dan yang paling penting adakah ovulate?


Jenama yang saya mula-mula sekali cuba adalah jenama G. Dalamnya ada 5 set kayu uji. Saya telah menggunakan jenama yang sama selama 3 bulan berturut-turut.


Cubaan Pertama: Mula cuba CD12, LH Surge dikesan CD14 (lebih terang),CD15 & CD17 (sama terang)
Cubaan Kedua; Mula cuba CD13, LH Surge dikesan CD14 (lebih terang), CD15 (sama terang)
Cubaan Ketiga; Mula cuba CD13, LH dikesan CD 16 (lebih terang)
(sebenarnya agak terkeliru dengan cubaan kedua & ketiga, sebab tak rekod dan sangatlah pelupa ni!..tapi memang setiap cubaan ada surge..alhamdulillah!)
Cubaan Keempat; Pertama kali cuba jenama D. Cuma ada 4 set kayu uji. Mula cuba CD14 garis T sangat pudar seolah tiada, CD15 pula garis T semakin jelas tetapi masih pudar berbanding garis C (tiada surge lagi), dan semalam CD16 garis T jauh lebih terang daripada garis C!!! Alhamdulillah..

Semasa berkunjung ke hospital dan buat TVS semasa CD15, direkodkan terdapat satu folikel dominan 17x16mm..mungkinkah semalam dah pun melonjak kepada 20x19mm dan hari ini sudah cecah 22x23mm!!...amiinn..
Dan yang paling mengujakan..bila diberitahu ET berukuran 10.33mm!! Saya tak nampak skrin, jadi saya percaya sepenuhnyalah pada Sonographer tu..dan saya percaya! Sebab saya mahu percaya!

Sepanjang saya buat TVS walaupun pada cycle IUI, tak pernah ET saya setebal ini..syukur ya Allah..mungkinkah kerana bantuan akupuntur/homeopati?..apa pun pastinya dengan izin mu ya Allah..

Cubaan kali ini diteruskan dengan penuh positif, tawakal dan bersyukur..ya Allah aku tetap mengharap rezekiMu yang satu ini..walau ku sedari banyak hutangku padaMu yang belum usai..berilah aku peluang ya Allah..dimakbulkan doaku..dimudahkan bagiku menemui jalan harapanku untuk aku penuhi janjiku...lenyapkanlah kebencian & kekecewaan di hatiku...terima kasih ya Allah..

tiada yang mustahil dengan izinMu - gambar ihsan Yahoo Image

4 comments:

  1. hi areina,
    sy teringin nk beli OPK ni tp mahal la. rs mcm rugi. haha.
    bestnya telur dh besar. sy mkn clomid n letrozole xjln, plg besar 11mm je. ET sy yg last aritu pulak 4mm something je. awk buat akupuntur kt mana eh?
    best of luck utk awk. hope to hear good news from u soon! ;)

    ReplyDelete
  2. Hi Yannie Bunny..yup memang agak mahal (RM50-60) sekotak, but bila dapat surge tu then tak pregnant cycle tu, rasa nak continue monitor hehe so terpaksa beli juga la..sbb belum pernah preggy,sometimes bila tahu ada ovulation pun kira cukup bahagia dah huhu..mungkin your body tak respond well dengan ubat tu, maybe should try injectible drugs (refer gynae camna k) n maybe ET nipis pun sbb kesan clomid boleh jadi jugak to certain people..akupuntur dan homeopati saya ambil kat Dr Nik Omar (boleh search), kliniknya ada a few branch around KL Selangor..saya paling selesa akupuntur dgn Dr Faridah di branch Jalan Raja Laut (nearby KFC). Thanks and hope you pun akan berjaya juga soon :)

    ReplyDelete
  3. mmg my doc ada suggest injectables tu jugak. tp financial costraint malas nk cuba dulu. maybe i trus buat LOD je, but now im trying acupuncture+chinese medicine.
    I know abt Dr nik omar, i nk p situ tp homeopati dia mahal kn? hehe. but actually the place yg i pegi skrg pn x murah jugak. since i dh start, i truskn je la. maybe someday i try homepati. one at a time.
    brapa lama ye u amalkan homeopati tu?

    ReplyDelete
  4. Buat acupuncture+chinese med kat mana? Hmm agak mahal jugakla, ubat homeopati ni ambil stok 2 minggu sekali ambik, sorang 90RM jadinya berdua 180RM plus acupuncture wife 45RM=225RM.Actually boleh je kalau just nak acu means 45RM. Dr Nik cakap bagus kalau nak buat acu (dia tak wajibkan, boleh ambik ubat saja).Ubat sahaja untuk sebulan dah 450RM huhu..memang murahla kalau tak makan masa yang lama nak berjaya..berbanding IUI IVF..but if ambik masa setahun memang cecah 5-6K jugak. Dr Nik cadang saya cuba setahun..tapi ada je yang berjaya 2-3 bulan..wallahu'alam.

    ReplyDelete