Thursday, March 15, 2012

alhamdulillah

Rupanya bulan 3 ni barulah ada entri di tahun 2012..baru terperasan.


Sedar tak sedar dah pun 10 minggu lebih alhamdulillah, syukran ya Allah kerana rezeki ini, ku mohon perlindunganMu buat si dia dan diriku dari segala kemudaratan, hendaknya selamat, sihat dan sempurna..amiin.


Begitulah sebenarnya hati ini tertanya-tanya tentang keadaan si dia di sana, hanya pada Allah ku bergantung harap yang baik-baik saja dan berserah diri. Dah bertambah faham tentang naluri seorang ibu, rasa bimbang dan prihatin yang tak berbelah bagi..terima kasih mak di atas segala yang telah mak harungi demiku.


Pada mulanya aku sedari tentang pemberianNya ini, aku tak rasa apa-apa lagi..rasa lapar tu ada, tapi memang aku suka/kuat makan pun  :)  Jadi ada jugalah perasan yang aku tak ada sangat 'morning sickness' kot :)


Seminggu lepas tu memang ada rasa berangin lebih dari biasa dan macam loya (aku memang banyak angin orangnya, maka loya/pedih ulu hati tu biasa berlaku) namun lama-kelamaan dah boleh bezakan yang kali ini bukan macam selalu tu tambahan pula waktu berlaku tu lebih kerap dan ada 'trend'.


Masuk minggu 7-9 memang loya yang ku sangka mampu ku tahan (tertanya-tanya juga macamana rasa loya orang yang muntah-muntah mesti sangat teruk sampai tak dapat ditahan) akhirnya tidak lagi bertahan..pagi dan malam akan ada sesi..mula-mula tak keluar makanan, lama-lama dah pandai keluar makanan :) tapi dapat sekali dua keluar pun dah lega sikit, yang selebih berjaya ku tahan sebab takut juga terlampau dilayan muntah ni mudarat pula huu, terutamanya buat si anak yang disayangi, tak sampai hati nak biar perut bergelora dan bergegar semacam dek muntah.


Mulut rasa macam orang demam tu biasa..kemudian bila makan tu, terutama rasa makanan yang ketara manis, masam, masin akan melekat dekat lidah ni walaupun dah minum atau dah berus lidah hehe..walaupun nak sedap mulut cuba makan minum yang berperisa, sebenarnya lebih afdhal minum air kosong je..bila tak ada rasa jadi neutral sajalah yang terlekat.


Pening-pening sekali sekala, letih ya amat terutama bila dah malam tu biasa juga, rasa mengantuk sangat yang tak pernah ku rasa sebelum ni. Terjaga dari tidur sebab nak buang air kecil sangat pun biasa, pada mulanya hampir setiap malam tapi lama-lama tidaklah setiap malam, kadang-kadang terkejut sebab rasa sakit pada ari-ari yang hilang setelah bangun ke tandas..itupun semakin lama berkurangan..cek DR tak ada jangkitan urin..alhamdulillah.


Bangun pagi mesti minum air dan capai biskut kering sekeping dua sebelum bangun dan mandi untuk ke pejabat, sebab kalau tak, tak sempat sampai dah LAPAR sangat, bila lapar, angin bergelora, loya bertandang, pedih ulu hati mendidih..lapar yang macam rasa nak nangis.


Menghampiri minggu ke 10, ada 3 hari yang langsung tak muntah..alhamdulillah..lepas tu 2 hari dia tukar kepada seharian loya, letih dan lapar bercampur aduk dan masuk semalam alhamdulillah tak muntah sehingga ke hari ini..yang ada hanyalah lapar macam biasa, letih/ngantuk..dan yang aku perasan sangat aku lebih 'morning sickness' atau mabuk laut :) di petang hari. Kalau makan malam tu kalau boleh nak santap just before maghrib, lepas tu dah malam sikit boleh makan buah dan susu saja..


Begitulah serba sedikit catatan perjalananku dari kaca mataku..ketika aku menghadapinya aku cepat-cepat terkenangkan mak dan aku yang menjadi punca mak dulu pun rasa yang sama..insaf dan kagum..jadi bertambahlah kesabaran..di samping terus berdoa dan berdoa pohon kemudahan buatku dan keselamatan buat anakku. Juga, cepat-cepat ingat balik pada doaku yang tak putus-putus memohon rezeki ini.


Setakat ini, aku cuma minum susu untuk ibu mengandung, teruskan makan asid folik dan ambil vitamin hamil homeopati rentetan pengambilan homeopati beberapa bulan sebelum aku dikurniakanNya rezeki ini.
Selebihnya, ku serahkan padaMu ya Allah, ku panjatkan doa agar anak ini sihat, sempurna dan selamat, dapat aku kandung dan lahirkan dengan sihat, sempurna dan selamat jua..amiin. Terima Kasih Ya Allah!



No comments:

Post a Comment