Tuesday, April 24, 2012

usaha si dia

Kalau dibicara tentang usaha mendapatkan zuriat, kebiasaannya tentang wanita. Sebenarnya keberangkalian punca terletak sama rata antara lelaki dan wanita.

Biasanya pasangan akan berjumpa pakar sakit puan untuk diperiksa dan setelah didapati si suami tiada masalah, maka isteri akan melalui pelbagai pemeriksaan lanjut kerana organ wanita lebih kompleks dan terdapat pelbagai punca yang berkemungkinan. Bila mana isteri pun didapati tiada masalah, DR akan menyimpulkan kes ini sebagai 'unexplained'.

Apakah langkah seterusnya? Clomid? Asid Folik?

Sebenarnya, setiap masalah mesti ada sebab, cuma ketara dengan tidak. Sebab itu tak salah kalau kita mencuba segala ikhtiar yang ada dan kita lihat mana yang kena. Sungguhpun menuntut kesabaran yang bukan sedikit, tapi hasilnya pasti berbaloi.

Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman tentang usaha si suami. Setelah ujian semen dibuat, ada yang ketara bermasalah seperti tiada benih, sedikit, tidak bergerak dan sebagainya. Tetapi, ada juga yang tak ketara, kuantiti sangat baik, pergerakan pun baik, mungkin rupa yang sihat tidak maksimum...namun ada juga yang keputusannya lulus cemerlang. Lantas, usaha si suami berhenti di situ saja.

Melalui pengalaman mereka yang telah berjaya, rupanya terdapat juga rawatan tradisional buat si suami (tapi bukan urutan batin yang biasa kita dengar tu). Khidmat urutan pakcik ni melibatkan anggota abdomen iaitu dada lebih tepat lagi di kawasan ulu hati.

Menurut pakcik ni, di situ terdapat tulang yang berkait dengan pembenihan manusia. (lebih kurang maksudnya urat berkaitan saluran benih) di mana ia sepatutnya boleh dirasa seperti timbul. Sekiranya jauh ke dalam, maka ianya perlu dinaikkan secara mengurut! Memang tak pernah dengar..dan tak tahu pun nak rasa timbul ke tak?

Ianya boleh dinaikkan dengan izin Allah melalui kaedah ini tetapi memang sakit (standad sakit mengurut berkait tarik urat/otot).

Nak tahu hasilnya? Mestilah kalau dah berjaya mengandung, dan yang paling ketara boleh rasa sendiri urat/tulang yang sudah timbul tu. Namun apa pun adalah dengan keizinan Allah. Allah juga yang memberi cara dan ikhtiar agar kita sendiri membezakan keberkesanannya melalui cuba jaya lalu menjadi pengalaman ramai orang sebagai bukti dan menambah kepastian tentang ilmu badan kita sendiri.

Upah urut pakcik ni adalah seperti kebiasaan tukang urut yang tidak menetapkan harga..pakcik ni juga biasa mengurut untuk lelaki kalau terjatuh, patah di mana-mana dan sebagainya.

Ramai juga yang sudah berjaya..alhamdulillah.
Apa kata kita mencuba? Tak cuba tak tahu..manalah tahu..dengan izin Allah ikhtiar ini berhasil!

7 comments:

  1. bagi details!!no.phone or address...nak tau..plisss...yellowz_Putries@yahoo.com...=)))

    ReplyDelete
  2. Hi..will e-mail to you soon :)

    ReplyDelete
  3. Areina, can u pls send the details to my email? iwantsixbabies@gmail.com. Thanks! :)

    ReplyDelete
  4. assalam... boleh x emel kat sy... hubby i problem mcm tu.... thanks alot...
    agphgnkh@gmail.com

    ReplyDelete
  5. salam, bole x email details pakcik urut tu kat sy...shuimura@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  6. Areina,

    boleh kongsi dengan saya info ini? email to tryingtoconceive2012@gmail.com.

    Thanks dear.

    ReplyDelete
  7. salam..saya pn TTC jgk..dh 5 thn..boleh email kt saya?
    iejazul8584@gmail.com.. nway TQ! ;)

    ReplyDelete