Alhamdulillah, dah menjangkau 6 bulan setengah...menghampiri trimester ketiga.
Sejak dua menjak ni, tahap keletihan yang amat sangat. Juga rasa seperti pedih ulu hati, berangin semacam dah kembali semula...sampai senak perut kekadang, sebaik selepas makan.
Memang tak dinafikan saiz perut yang membesar mungkin menyebabkan tolakan asid ke atas, keluarga saya ramai yang cakap saiz perut ni macam dah 30 minggu lebih...
Tidur ok saja, kecuali ada dibangunkan nak ke bilik air sesangat. Tapi siang tu letih melepek...harus digagah bangun buat apa-apa, atau keluar ambil angin, cuci mata...
Makan memang nak..lapar..tapi senang senak, berangin...
Kaki bengkak dan 'muscle cramp' pada betis tu dah lama...on off..
Sakit-sakit badan..ye, terutama bangun pagi terasa seperti baru lepas bersukan, terasa berat satu badan..
On off rasa lenguh belakang, pinggang dan pinggul.
Semoga ini semua hanyalah petanda biasa melangkah ke fasa baru, semakin membesar dengan sihat sempurna anak dalam kandunganku, tiada yang lain...amiinn.
sama la areina, nana pun orang cakap perut nana besar..hehe
ReplyDeleteso far simptom lain yang areina da tu nana takde, tp nana selalu sakit bawah perut ni..kejap ada, kejap takde..baby ni aktif sangaT kot..
Tapi Nana tinggi kan?hehe..saya ni kecik aje orangnye lagi la nmpak perut saya besar..tapi takpela sbb mmg perut tebal pun selama ni :)
ReplyDeleteSakit bwh perut tu rasanya ada jugak lately..sekali sekala mcm sengal..gerakan baby dh rasa makin kasar, dulu gelembung2 je..semoga both of us n babies sihat sentiasa..amiinn.