Wednesday, June 8, 2011

JAUH MENGEMBARA

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN...mengembara sesuatu yang sangat menyeronokkan. Tetapi, ianya menuntut kesabaran dan perbelanjaan yang bukan sedikit. Namun, dengan perancangan yang teratur, sudah tentu semuanya dapat diatasi dengan mudah.
Destinasi paling menarik telah dituju adalah sebahagian kecil Eropah!
Di sana, ketamadunan budaya yang telah mencapai tahap maju dapat diperhatikan.

Tujuan asal ke sana kerana kerja, membawa kami ke Jerman..teringat sejarah negara Hitler itu yang penuh dengan catatannya. Oleh kerana kami menaiki pesawat KLM, maka berpeluang juga menjejakkan kaki ke bumi yang menjajah Indonesia ini, Belanda atau Holland atau Nertherlands..orang Dutch!

Sementelah berada di Jerman, kami tidak melepaskan peluang menaiki keretapi laju ke Austria, ianya terletak bersempadan sahaja. Di Austria, destinasi kami ialah Salzburg! Walaupun hanya berkesempatan seketika memijak bumi mereka, pengalaman itu sangat berharga.

                        Pemandangan dari atas jambatan kota di Nurnberg, Jerman


                                    "City of Historical Nurnberg,Germany"


                                Pemandangan unik di kota Munich, Jerman


                         Meditation Centre/surau @ Schiphol Airport, Amsterdam



                     Pletfom di stesen keretapi Munich/Munchen, transit ke Salzburg



                               Unik tetapi tidak menarik sebab katakan TIDAK!!!


Meditation Centre yang terletak di Schiphol Airport, Amsterdam itu sangat berguna kepada pengunjung Muslim yang baru tiba di negara Belanda ini. Walaupun turut disediakan buat penganut agama lain, rata-rata yang berkunjung dan beribadah ialah orang Islam. Disediakan ruang bilik seperti sudut membaca dan berinteraksi, dan ruang paling luas dilitupi permaidani untuk bermeditasi dan bolehlah kita bersolat di situ.
Cuma perku berwudhuk di tandas, tandas mereka sangat bersih cuma disebabkan sangat kering, harus berhati-hati membasuh kaki, basuh cuma dalam sinki dan dalam mangkuk tandas sahaja, luarnya mesti kering! Tukang cuci di sana sangat menjaga aspek ini, nanti kena tegur :)

Apa yang paling pasti di rantauan ini, sistem pengangkutan sangat hebat, tiada kesesakan lalulintas yang bukan-bukan. Sistem keretapi sangat efisyen, ada yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja menaiki keretapi laju sahaja di antara Nurnberg dan Munich. Bas pun banyak dan tepat pada masanya, jadi tiada masalah untuk simpan kereta dalam garaj. Sistem keretapi bawah tanah/LRT pula menjangkaui kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Terdapat juga trem/bas yang menggunakan arus elektrik di tengah-tengah laluan jalan raya.

Kami hanya berkesempatan mencuba kenderaan ini semasa di Salzburg. Di dalamnya luas kerana tidak banyak kerusi, yang berdiri ada disediakan palang pemegang di tepi tingkap.
Penggunaan elektrik ini dapat menjimatkan kuasa petrol dan mengurangkan asap/pencemaran udara. Bunyinya pun lebih senyap.

Paling menarik di Amstrerdam, terdapat tempat letak....bertingkat, bukan kereta tetapi BASIKAL! Ini juga sangat menjimatkan petrol, mengelak pencemaran bunyi dan udara serta sangat sihat bagi penunggangnya. Terdapat laluan khas untuk basikal di jalan raya mereka.

THAT'S ALL for now ya..

1 comment:

  1. salam

    kalo berminat nk buat service cleaning tu, please call no yg ade dlm iklan tu
    pastu story kt brader azman tu
    hehee mana tau dia baik ati nk besarkan kawasan liputan

    ReplyDelete