Lilypie - Third Birthday

Lilypie - First Birthday

Wednesday, September 28, 2011

MESTI MAKAN @ KUALA

LAKSA KUALA


CENDOL KUALA
Hmm tengok gambar pun dah teringin ni!

Kalau singgah ke Kuala Kangsar, bandar DiRaja Perak, mesti makan 2 menu ni.

Ada banyak pilihan penjual dan lokasi tetapi kalau nak mudah boleh terus ke tepi sungai/lembah di tengah-tengah pusat bandar.

Jeti sampan ke Sayong pun terletak di situ.

Terdapat penggerai laksa untuk ditapau dan juga medan selera untuk makan di situ ataupun tapau.
Medan Selera ini rata-rata menjual laksa dan cendol sebagai menu utama.
Pelik jugalah kalau ada yang makan makanan lain.
Memang ada dijual.. tetapi biasanya pengunjung akan memesan laksa dan cendol!

Laksa Kuala ni keistimewaannya pada laksanya yang tebal, lembut dan enak, tidak licin dan terasa berkanji.

Kuahnya pula terasa ikannya, pedasnya dan asamnya.
Cukup sekadar diiringi daun salad dihiris bersama timun, bawang besar dan cili merah.
Tak perlu daun kesum, bunga kantan dan sebagainya.

Teringat zaman kanak-kanak, setiap petang pasti ada pakcik berbasikal membawa 'gerai laksanya'.
Itulah Pak Mail..laksanya yang paaaliiiing sedap pernah ku nikmati!
Cukup sekadar 20 sen atau 50 sen kalau mangkuk besar.
Asal mak atau opah bagi lampu hijau saja, kami adik-beradik berkejar bersama mangkuk menunggu di bawah pohon kelapa depan rumah.

Begitu teruja sambil memerhati Pak Mail memotong pantas hirisan timun, salad dan bawang.
Soalan wajib;kuah atas kuah bawah?
Kuah atas bermaksud kuranglah pedasnya dan kurang juga isi ikan (sesuai untuk kanak-kanak).
Kuah bawah sangat terasa isi ikannya yang pekat bereserta asam dan pedasnya.Mmmmm

Sekarang, semua tinggal kenangan.
Cuba juga menjejak kembali laksa Pak Mail ni setelah lebih 20 tahun namun belum ketemui.

Kini, kalau mencuba laksa Kalam (gerai bermotor di tepi sungai/lembah) pun sangat sedap!
Kuncinya kuah mesti terasa mewah dengan isi ikannya.

Kalau nampak kuahnya kurang seradak (ikan), hanya kemerah-kemerahan (biasanya cair dan pedas saja yang lebih), tak puas hatiku.

Lagi satu, ikut pengalamanku kalau gerai-gerai kecil ini memang sedap sebab sekali masak tak banyak agaknya..macam masak di rumah..namun ada juga segelintir yang hebat..walau memasak kapasiti besar namun tetap lazat!

Cendol Kuala pula memang sekali suap tak terkata! Ais sagatnya, gula merahnya, cendolnya, santannya..puas hati. Takkan ada rasa gula hangit, santan tak segar, cendol keras dan sebagainya.
Pun tak perlu nak rasa yang ada kacang merah, pulut, jagung dan lain-lain.
"Less is More!"

Rasalah..jangan tak rasa..saya tak pernah jemu!

No comments:

Post a Comment