Wednesday, September 14, 2011

THAT FEELING...


Siapa ada soundtrack di atas?

SUPerb!!!

Memang selalu saya ketinggalan..dah 5-6 tahun pun berlalu..thanks to my other half, I will cherish this although I am very late!

Sebenarnya saya ada dengar daripada hubby pasal cerita ni, pasal lagu dalam cerita ni, tetapi selagi tak tengok sendiri memang tak akan tahu, dan selagi tak tengok sendiri maka tak rasai cerita ini, memang tak 'feel' sangat dengar soundtrack yang laku ni.

Entah macamana terbeli dvd drama ini baru-baru ni, dan mula-mula nak periksa dvd kalau-kalau tak elok, dalam pada tengok sikit-sikit tu pun hati dah terpaut! Lepas tu mencari soundtrack bagai nak rak memang dah habis dan dah tak cetak lagi..maklumlah dah berzaman..

Berhari-hari tidur awal pagi dibuatnya, 3-4 episod sekali layan lepas tu teringat-ingat. Ish dah lama betul tak rasa mabuk cerita macam ni..pernah tak rasa cerita kat tv tu macam cerita betul dan terasa macam kita ada dalam cerita tu? ... :) tu yang jadi teringat-ingat, tetiba nak senyum, tergelak..pendek kata asyik nak cakap pasal cerita tu je..memanglah kami macam tak berapa ada mood nak tengok cerita lain sejak dua menjak ni..dalam perbualan tu mesti ada terselit topik pasal cerita ni.

Hmm..kalau bunyi macam dahsyat sangat ni, apa kata cubalah tengok sendiri. Dapatkan di kedai dvd yang ada banyak jual dvd cerita korea, jepun, cina dll...walaupun saya yakin ramai dah pernah tengok dan tahu cerita ni..mungkin dah basi..sebab dah keluar tv pun..

Ya, ini drama bersiri Korea..walaupun saya bukanlah peminat K-Pop ke, KBS ke..apa-apa hiburan seumpama, tetapi yang ini sangat memuaskan hati! Sebenarnya saya tak kisah dari mana ke siapa ke..janji jalan cerita & dialog, lakonan, pemandangan dalam drama yang terbaik, tambah pula ada lagu-lagu yang menarik..semua itu yang melekap dalam ingatan ni pasti buat saya mencari dvd dan soundtracknya!

Nak tahu apa yang benar-benar meninggalkan kesan di jiwa.. :)
Perkembangan watak hero dan heroin yang sangat-sangat baik, tanpa kita sedari daripada selekeh dan kelakar menjadi sedih dalam lucu kemudian sedih dalam suka kemudian sedih kemudian, suka, daripada sombong dan angkuh kepada prihatin dalam bengis, lucu dalam benci, sedih dalam terharu, sedih dan suka dan terkilan dan kombinasi keduanya wujudlah hubungan yang bermula atas tujuan mempergunakan, terdesak dan terpaksa.. menjadi persahabatan yang unik kerana ikatan rahsia dan lakonan persaudaraan yang menjadi benar-benar mengeratkan lagi dan kerana hakikatnya mereka bukan bersaudara maka perasaan kasih dan ambil berat membawa kepada hubungan yang tentu anda semua maklum..tidak mampu dibohongi dan dilakonkan, dinafikan atau diatasi oleh sesiapa pun!

Wahh..terasa seperti menjawab soalan periksa Sastera..walaupun tak pernah ambil subjek ni.

Inilah MY GIRL.. (GADISKU..kalau ada yang nak terbitkan versi Malaysia la)

Lee Da Hae sebagai Ju Yoo Rin
Lee Dong Wook sebagai Seol Gong Chan
Lee Joon Ki sebagai Seo Jung Woo
Park Si Yeon sebagai Kim Seo Hyun

Mengisahkan Ju Yoo Rin yang ceria dan pandai berhelah, hidup merata tempat kerana lari dari pemiutang ayahnya namun sentiasa berusaha menolong ayahnya. Bertemu dalam pelbagai situasi yang janggal dengan Seol Gong Chan seorang pengarah urusan hotel terkemuka juga pewaris tunggal yang sangat bijak, tegas dan serius.
Lantaran desakan keadaan yang perlu mencari sepupu perempuan yang hilang/putus saudara sebagai memenuhi permintaan datuk yang tenat, lakonan persaudaraan mereka bermula dan datuk kembali sihat dan ceria!
Ju Yoo Rin juga bertemu teman Gong Chan, Jung Woo yang tidak lagi kaki perempuan setelah jatuh hati padanya.
Gong Chan pula kembali dirayu bekas teman wanitanya Seo Hyun yang telah meninggalkannya 2 tahun yang lalu.
Ju Yoo Rin menepis perasaan Jun Woong menyedari hatinya terpaut pada Gong Chan dan menyangka ianya pasti bertepuk sebelah tangan cuba menyembunyikan di sebalik lakonan sebagai adik sepupu yang sayangkan abangnya. Manakal Gong Chan pula kemudiannya menyedari hatinya memang tidak boleh kembali kepada Seo Hyun.. tanpa Yoo Rin sedari Gong Chan merasakan perasaan yang istimewa terhadap Yoon Rin juga menyembunyikan di sebalik lakonan kasih sayangnya sebagai abang sepupu yang sememangnya benar-benar kerana dia kasih!

No comments:

Post a Comment