Thursday, May 24, 2012

JIWA YANG TERSEKSA

Benarlah kata orang, jauh di mata dekat di hati.

Memang dekat sangat di hati tetapi di zaman serba canggih yang dunia kini tanpa sempadan, rupanya bersempadan juga. Bukan senang nak hubungi orang yang tersayang nun di luar negara.

Seksa jiwa ini bermula masa dia sepatutnya dah mendarat di sana, hampir 3-4 jam kemudian asal aku hubungi jawabnya tak dapat dihubungi :(

Mulalah hati aku bergelodak dengan macam-macam bayangan ngeri..na'uzubillah. Resah gelisah tak usah nak cakaplah, si kecil dalam perut ni pun mungkin boleh rasa mama tengah serabut.

Alhamdulillah semuanya ok.

Namun, ianya berlaku lagi malam tadi. Sekali lagi tak dapat dihubungi dan kali ni malam sudah! Bateri flat? Ada charger. Tak ada sebab tak boleh on handphone. Aku tidur dalam keresahan. Pagi-pagi terus telefon lagi, masih sama.

Sehingga ke saat ini dah jadi CALL FAILED pula. Alangkah terseksanya jiwa ragaku.
Tolonglah...aku tak sanggup lagi begini. Rasa hendak saja terbang ke sana mencari, biarlah aku duduk depan mata tak buat apa asalkan aku tak perlu runsing begini. :(

Berharap charger rosak...sebagai satu-satunya alasan yang aku mahu dengar...lain-lain mintak dijauhkanNya. Atau..ni semua hanyalah 'telecommunication breakdown' oleh operator semata.

Ya Allah, hanya Engkau mengetahui sesungguhnya. Tolonglah pelihara dia dari segala kemudaratan, permudahkanlah urusannya, kembalikanlah dia ke sisiku dengan sihat dan selamat. Hanya Engkau pergantunganku. Aku buntu tanpaMu.

2 comments:

  1. InsyaAllah, sumenye akan selamat...Always think positive & banyakkan bersabar..Anyway I ade terbace pasal old post Areina 24 April lepas, bole x u emailkan details pasal pakcik urut tu ke shuimura@gmailcom...really interested on it...anyway, jgn risau2 k..

    ReplyDelete
  2. Finally got his sms, seems network fail la kot..huu yelah kalau dah merentas negara lain...but still driving me nuts.Sure, wait for my e-mail then.

    ReplyDelete