Percaya tak percaya, kini sudah masuk 5 bulan alhamdulillah. Syukur yang tak terhinggga kami panjat padaMu Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami, selamat dan sempurna.
Mengenang kembali saat TTC, terasa insaf dengan kebesaran Ilahi. Mungkin pengalaman ini untuk menjadi cerminan di masa hadapan.
Tak terhitung air mata dan raungan, pedih di hati serta kata-kata yang kurang enak, astaghfirullah, ampunkan aku Ya Allah. Seolah-olah aku tidak berterima kasih kerana selainnya.
Sebenarnya jauh di sudut hati ada rasa tak kena, dengan apa yang aku harap dengan apa realitinya. Memang Allah lebi arif apa yang terbaik, bila waktu yang tepat, apa dan kenapa...sebab itulah rancangan Allah mengatasi segala permintaan kita. Kalau sama, itu hanya kebetulan. Betul tak? Allah memperkenankan sesuatu mengikut perancanganNya yang maha hebat.
Sebaik sebelum aku dikurniakan rezeki ini, aku sudah hampir lelah yang amat. Waktu itu sedang berusaha dengan ubatan homeopati dan akupuntur sebagai persediaan ivf. Nak sangat buat ivf ni sebab tak pernah buat lagi dan mengharapkan inilah jalannya. Dengan izin Allah, sesuatu perkara tiba-tiba menghalang.
Rasa kecewa terus membadai, terasa ada saja halangan. Dalam hati mula rasa takut. Memang sering rasa takut kalau-kalau langsung tak ada, memang dah ditentukan aku takkan ada :( Macam-macam yang negatif. Mulut bercakap sambil meraung dengan air mata, suamilah tempat meluahkan rasa.
Bertanya dan bertanya kenapa ya Allah kenapa..tolonglaaahhh sorang pun jadilah...dah tak larat lagi dah ..dan macam-macam lagi. Tak mintak apa lagi dah..ini jelah..
Bila fikir-fikir balik, alangkah terdesaknya manusia. Betulkah ini saja yang aku nak? Betulkah seorang je pun tak apa asal ada? Aku tahu masa aku bercakap tu aku sangatlah tak stabil. Mujurlah suami memujuk.
Hakikatnya aku sangat takut kalau takdir Allah aku langsung tak ada. Aku percaya pada ketentuan perancangan Allah. Aku takut dari kaca mata Allah yang terbaik adalah berbeza dengan apa yang aku harapkan. Namun kita tak boleh menduga dan berhenti berusaha.
Kena sentiasa positif dan terus berdoa. Di samping mensyukuri apa yang ada dengan sabar. Semua terjadi dengan sebab yang baik dari Allah.
Hati kena bersih. Apa yang Allah beri juga satu ujian. Sesungguhnya kita bukan tahu pun keupayaan diri kita sepertimana Allah tahu. Kini barulah aku insaf dengan kekotoran hati ku, malu pada Allah.
Aku seharusnya berserah diri sepenuhnya pada Allah, ketentuanNya. Ya, usaha mesti diteruskan, doa mesti dipanjatkan dengan hati yang BERSIH. Itu kuncinya. Jangan mengatakan sesuatu dengan hati yang runsing..emosi, lebih-lebih lagi kepada Allah.
Aku mohon ampun ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanMu ini, aku tidak mahu lagi bercakap besar, memutuskan sesuatu seolah aku tahu benar apa yang terbaik, itu adalah hakMu.
Aku akan cuba memelihara kebersihan hatiku, bersangka baik padaMu, menyerahkan yang terbaik dalam perancanganMu. Siapalah aku untuk membohongi hatiku apatah lagi membohongiMu dengan berkata itu ini dalam keadaan aku yang terdesak. Hinanya aku.
Kini ku teruskan usahaku di muka bumi ini sedaya upayaku mendapatkan yang sebaik-baiknya, mencapai hasratku dan yang penting untuk ku kembalikan manfaatnya di jalanMu. Niat yang Baik & Bersih, Tekun, Sabar, Ikhlas, Redha, Syukur. Berharap apa yang aku harapkan sama dengan yang terbaik di sisiMu. Jika tidak, kuatkanlah aku dengan rasa redha dan syukur padaMu.
'By default' kita semua nak yang baik-baik belaka, itulah yang kita usahakan, namun serahkan pada Allah dengan redha. HATI MESTI BERSIH. Pokoknya kita mahu yang terbaik untuk kita. Kita cuma boleh menyangka, yang tahu pasti yang mana terbaik hanyalah Allah. Allah sebenarnya memakbulkan doa kita walaupun kita mendapat yang berbeza kerana kita hanya mampu meneka. Jangan kecewa kalau mendapat selain apa yang kita mahu.
Ya bukan senang, bukan mudah nak memiliki hati yang begitu suci dan bersih. Cubalah.
AMPUNKAN AKU YA ALLAH.TERIMA KASIH KERANA MENYEDARKANKU.TERIMA KASIH ATAS KURNIAAN ANAK INI DAN SUAMI YANG SETIA MENGINGATKANKU BILA AKU ALPA.
'reminder': puasa nazar 3 hari berturut dan 2 hari lagi
No comments:
Post a Comment